Menarik Di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan

Apa yang menarik di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan | Untuk artikel kali ini aku nak berkongsi dengan pembaca berkenaan Pasar Gok Kapor yang berada di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu kelantan. Pasar ini dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan makanan laut dan ikan segar, sayur sayuran serta kuih muih yang sedap. 

Suanasa di pintu masuk pasar gok kapor di kota bharu kelantan

Menurut perkongsian Asal Ore Kelate di facebooknya, nama pasar gok kapor diambil sempena kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dan ianya masih wujud sehingga sekarang. 

Pengalaman berkunjung Di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan

Baru baru ini aku berkunjung ke Bandar Kota Bharu dan sempat singgah di Pasar Gok Kapor untuk melihat sendiri suasana pasar tersebut ketika ianya dibuka. Untuk pengetahuan semua Pasar Gok Kapor dibuka setiap hari selepas waktu zohor (Jam 2:00 petang) sehingga jam 7:00 petang.

gambar keadaan di dalam pasar gok kapor kota bharu kelantan

Aku dan kawan kawan sampai di Pasar Gok Kapor beberapa minit sebelum masuk waktu asar. Keadaan pada waktu itu sangat selesa walau pun ramai yang datang tetapi tidak sesak atau crowded. Pengunjung datang tidak putus putus. Walau pun Pasar Gok Kapor tidak sebesar pasar lain seperti pasar khadijah tetapi kemeriahannya tetap terasa.

Pertama kali berkunjung di pasar ini aku rasa sangat teruja melihat barangan yang dijual terutama sekali makanan laut seperti ikan, udang, sotong, kerang, siput belitung dan macam macam lagi. Kalau korang nak beli ketam nipah pun ada dijual. 

Gambar ikan kerang sotong dan ketam nipah di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur sayuran dan buah buahan juga boleh didapati di Pasar Gok Kapor. Bagi mereka yang bekerja tak sempat nak ke pasar pagi untuk dapatkan barangan dapur boleh singgah di Pasar ini selepas balik dari kerja sebab seperti yang aku maklumkan ianya dibuka sehingga jam 7:00 petang.

gambar sayur dalam pasar gok kapor kota bharu kelantan

Kalau korang nak tahu, selain barangan dapur korang juga boleh beli makanan yang sedap sedap dekat sini contohnya pulut bakar. terdapat beberapa jenis pulut bakar yang dijual seperti pulut bakar biasa, pulut bakar sambal daging dan juga pulut bakar sambal ikan.

Gambar pulut dengan acuan tembaga di pasar gok kapor kota bharu kelantan

Kuih muih tradisional macam onde onde/buah mulung pun ada di Pasar Gok Kapor. yang bestnya onde onde ini di masak dekat pasar bukannya yang sudah siap dibungkus. jadi, korang akan dapat makan onde onde yang baru siap masak. 

gambar kuih onde onde baru masak di pasar gok kapor kota bharu kelantan

Selain itu, korang juga boleh beli makanan lain seperti pulut ayam, somtam, apam lambung yang rare susah nak dapat dekat kelantan ini dan banyak lagi. 

Gambar apam lambung atas dapur di pasar gok kapor kota bharu kelantan

Jadi buat korang yang belum pernah datang ke Pasar Gok Kapor boleh bawa kawan kawan atau keluarga untuk tengok sendiri keadaan disana sambil membeli belah barangan dapur dan cuba makanan makanan yang sedap dijual di Pasar Gok Kapor Kota Bharu Kelantan. 

Pasar Gok Kapor, Kota Bharu Kelantan
Alamat : Jalan Gok Kapor, 15350, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari, 2:00 Petang - 7:00 Petang
Terbaru Lebih lama