Game Online Percuma Tanpa Iklan Dan Tak Perlu Download di Solitaire.Org

Main Game Online Percuma di Solitaire.Org | Untuk entry kali ini aku nak share dengan korang pengalaman aku bermain game di laman sesawang solitaire.org yang sangat best sebab dekat situ korang boleh main banyak game tanpa perlu download dan paling penting tiada iklan yang menggangu kita sewaktu bermain. 

Game online percuma tak ada iklan solitaire.org

Aku rasa ramai pembaca blog luqman zakaria yang seumuran dengan aku pernah main game daun terup dekat laptop sebab satu satunya game yang sedia ada dalam laptop atau PC adalah game tersebut. Kalau nak main game lain yang lebih menarik kita kena cari secara online. Samada main secara online atau pun download. 

Kalau ikut pengalaman aku sebelum ini, bila nak main game secara online sangat menyusahkan sebab permainan tersebut terganggu dengan iklan. Kalau nak download pun bahaya sebab kita tidak tahu samada game tersebut mengandungi malware yang boleh membahayakan gajet kita atau pun tidak. Sebaik jangan download lah betul tak?

Game Online Percuma Tanpa Iklan Dan Tak Perlu Download di Solitaire.Org

Bila ada website yang kita boleh guna untuk main game secara percuma, tiada iklan dan tak perlu download macam ini aku rasa excited untuk share dengan korang. Dulu waktu aku kerja dekat KL, pengangkutan awam dah jadi macam rumah nombor dua sebab aku spent banyak masa dalam train untuk datang dan balik kerja. Untuk hilangkan bosan aku mainlah game. 

Game online percuma solitaire.org dekat laptop

Game online percuma solitaire.org dekat phone

Jadi, kalau korang pun berada dalam situasi yang sama macam aku bolehlah gunakan website solitaire.org untuk main game time duduk dalam train hehe. Korang jangan risau sebab ianya boleh digunakan di laptop dan juga smartphone yang kita guna. 

Game Apa Yang Ada Di Solitaire.org?

Ada banyak game yang korang boleh main dekat website ini termasuklah solitaire sendiri. Kalau korang minat main game daun terup, boleh cuba main 6 jenis game solitaire yang popular di website tersebut. Kalau korang tanya aku, sejujurnya aku tak minat sangat game solitaire tetapi aku masih menggunakan solitaire.org untuk main game lain yang disediakan oleh mereka. 

Game apa yang aku main? games yang aku suka berada dalam kategori Word. Ada banyak games yang menguji minda dan sangat menyeronokkan bagi aku. Salah satu yang paling aku suka adalah Letter Scramble

Game online bina perkataan percuma tiada iklan di solitaire.org

game online bina ayat percuma di solitaire.org

Permainannya sangat menarik dimana dia akan keluarkan huruf secara random dan kita perlu hasilkan perkataan dengan huruf tersebut. Yang menjadikan ia lebih mencabar korang perlu menghasilkan beberapa perkataan dalam masa yang telah ditentukan. Semakin banyak perkataan yang diperlukan dibuat semakin susah untuk menang sebab masa yang diberikan agak singkat hehe. 

Selain itu, aku suka main game Letter Logic dan Word Search yang juga boleh menguji minda dan memerlukan kita berfikir tetapi kalau untuk hilangkan stress aku akan main permainan lain yang sangat fun contohnya cookies monster, merge cake dan zuma legend.

Game online Cookies Master percuma di website solitaire.org

Game online Merge Cookies percuma di Solitaire.org

Game online zuma legend percuma di Solitaire.org

Kalau tak suka main game macam ini korang boleh cuba permainan dalam kategori lain contohnya Match 3, Logic Puzzles, Hidden Object, Solitaire dan banyak lagi. 

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, permainan di solitaire.org adalah percuma dan tiada iklan satu pun iklan di website ini. Permainan yang ada di solitaire.org bukan hanya untuk orang dewasa sahaja tetapi ianya juga sesuai untuk kanak kanak sebab terdapat permainan dalam website boleh menguji otak mereka untuk berfikir. 

Semoga perkongsian aku untuk kali ini bermanfaat untuk korang semua. Kalau bosan tak ada aktiviti yang boleh dibuat korang cubalah main game percuma di solitaire.org ini. 
Terbaru Lebih lama