Gambar Dan Harga Roti Wap Viral Di Pasir Tumboh Sangat Lembut Dan Sedap

Betul ke roti wap yang viral di Pasir Tumboh lembut dan sedap? | Hai korang! Untuk entry kali ini aku nak kongsikan dengan semua tentang makanan yang viral di Pasir Tumbuh Kelantan iaitu Roti Wap. Pertama kali aku dengar nama makanan memang agak curious sebab macam manalah agaknya roti wap ini kan tapi baru baru ini berpeluang untuk cuba sendiri roti wap yang digemari ramai. 

Gambar roti wap ada inti  viral Pasir Tumboh Kelantan

Awalnya memang agak susah nak cari lokasi kedai Roti Wap ini sebab tak ada alamat tepat yang boleh digunakan untuk pelanggan yang tak biasa datang area Pasir Tumboh. 

Kalau korang memang dah biasa dengan area Pasir Tumboh, lokasi kedai roti wap ini berada di sebelah kiri selepas trafik light menghala ke MRSM Pasir Tumboh  tapi untuk memudahkan korang boleh cari kedai Ushop PasirTumboh di Wisam Imam sahaja dan korang akan terus dibawa ke kedai roti wap viral ini sebab kedai dia berada di hadapan wisma tersebut.

Gambar Kedai Roti Wap Pasir Tumboh Depan Wisma Imam Kelantan

Untuk pengetahuan Korang, dekat sini dorang bukan hanya menjual roti wap tetapi korang juga boleh mendapatkan pau mini yang dijual dengan harga yang sangat murah iaitu 50 sen sebiji. Berbalik kepada cerita roti wap, dorang menyediakan menu untuk memudahkan pelanggan memilih perisa.

Gambar menu dan harga Roti Wap Viral di Pasir Tumboh Kelantan

Sekiranya korang berminat untuk membeli roti wap, dorang jual mengikut set. Terdapat dua jenis set iaitu Set Classic dan Set Premium dimana harga juga berlainan. Dalam Set Classic ada lima pilihan periasa iaitu Kaya Buttercup, Kaya Pandan, Cookies and Cream, Milk Chocolate dan Peanut. Bagi set Premium pula ada Tiramisu, Nutella, Kitkat, Biscoff dan Matcha.
*Set Classic - 3pcs RM6 
*Set Classic - 6pcs RM10
*Set Premium - 3pcs RM8
*Set Premium - 6pcs RM15
gambar roti wap set premium viral di Pasir Tumboh Kelantan

Waktu aku sampai dan tengok menu jujur aku tak nampak ada set classic, aku hanya nampak set premium. Tak tahulah nak salah menu sebab kurang jelas atau mata aku yang problem sebab  bila tengok menu dia sekarang ini aku lebih tertarik dengan perisa untuk set classic. 

Tetapi itu tidak menjadi masalah besar pun apa yang aku nak share sekarang ini  adalah berkenaan dengan roti wap dia. Jujur aku cakap rasa dia memang sedap. Dorang letak perisa tuh banyak dan tak kedekut langsung. Roti dia pulak sangat sangat lembut!

Roti yang dorang gunakan bukan roti biasa macam roti gardenia tuh sebab texture bahagian atas roti macam pau. Mungkin dia gunakan roti yang sama untuk adunan pau. Mungkinlah sebab aku tak tanya pulak owner kedai tuh. Apa pun kalau korang ke Pasir Tumboh atau area berdekatan boleh cuba sendiri roti wap viral ini.

Roti Wap Pasir Tumboh Kelantan

Alamat : Hadapan Kedai Ushop Wisma Imam Kelantan
*Boleh gunakan Waze atau google maps 
Waktu Operasi : 1:00 Petang sehingga 6:30 Petang 
Terbaru Lebih lama