Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Sarawak 2023
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Sarawak 2023, Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Sarawak 2023 Mengikut Zon
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak di Negeri Sarawak ramadhan 2023 | Bulan ramadhan yang mulia bakal menemui kita lagi pada tahun 2023. Buat umat Islam yang tinggal di Malaysia kita akan mula berpuasa pada hari khamis tanggal 23 Mac 2023 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1444H.
Khas buat mereka yang tinggal di Sarawak, aku nak kongsikan jadual berbuka puasa dan imsak untuk bulan ramadhan 2023 bagi memudahkan korang membuat semakan tentang waktu berbuka dan imsak tahun 2023 di zon atau daerah masing masing.
Buat pengetahuan umum juga, jadual berbuka puasa dan imsak untuk tahun ini dirujuk melalui laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Sarawak 2023 Mengikut Zon
Selain Sabah, Sarawak juga merupakan salah satu Negeri di Malaysia yang mempunyai zon terbanyak termasuklah zon khas. Antaranya adalah zon 1 (Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas), zon 2 (Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi), zon 3 (Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu), zon 4 (Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song).
Zon 5 (Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang), zon 6 (Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak), zon 7 (Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Maludam), zon 8 (Kuching, Bau, Lundu dan Sematan).
Terakhir sekali adalah zon khas iaitu Kg ulu Merapok, kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan.