Drama Nikah Cerai Rujuk

Drama melayu baru Nikah Cerai Rujuk sudah mula bersiaran di Astro RIA menggantikan drama Sepi Tanpa Cinta. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Dynas Mokhtar, Noorkhiriah, Eizlan Yusof, Zarul Umbrella, Halim Radzi dan Shaza Bae. 


Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Amanda Amry, Alif Hadi, Mimi Ernida, Salina Saibi, Nasz Sally dan ramai lagi. Drama Nikah Cerai Rujuk mula bersiaran pada 26 Disember 2022 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 11:00 malam di Astro RIA.

Sinopsis Drama Nikah Cerai Rujuk 

Drama Nikah Cerai Rujuk mengisahkan tentang kehidupan tiga pasangan yang menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. 

Sumaiyyah dan Azlan

Perkahwinan Sumaiyyah dan Azlan dikurniakan tiga orang anak tetapi Azlan masih berlaku curang sehingga kan Sumaiyyah lali dengan sikapnya yang sebegitu. Dimata kawan kawannya kehidupan sumaiyyah dan Azlan sempurna tetapi hakikatnya tidak.

Hanna Zulaika dan Adam Hafiz

Perkahwinan mereka berdua pula diuji apabila keluarga Adam tidak menyukai Hanna dan ibu mertua pula mengongkong anaknya. 

Alia dan Hisyam 

Alia pula merupakan kaunselor yang dijadikan contoh untuk pasangan lain tetapi hakikatnya Alia juga mengalami masalah perkahwinan dimana Hisyam berkahwin lain tanpa pengetahuannya.

Informasi Ringkas Tentang Drama Nikah Cerai Rujuk 

Tajuk drama : Nikah Cerai Rujuk
Saluran : Astro RIA
Tarikh Tayangan : Bermula 26 Disember 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari isnin hingga khamis, jam 11:00 Malam 
Pengarah : Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) & Uzair Haqimy
Terbitan : JS Picture Sdn Bhd
Pelakon : Dynas Mokhtar, Noorkhiriah, Eizlan Yusof, Zarul Umbrella, Halim Radzi, Shaza Bae, Amanda Amry, Alif Hadi, Mimi Ernida, Salina Saibi, Nasz Sally dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama