Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

 Gempak Original Series kembali lagi dengan drama baru bertajuk Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 yang dibintangi oleh Adam Lee dan Mimi Lana sebagai teraju utama. Drama bersiri 10 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader yang pernah mengarahkan drama popular Budak Tebing dan Budak Tebing 2.


Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 turut dibintangi oleh ramai pelakon lain seperti Fadlan Hazim, Meor Mohd, Ku Faridah, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Kimberly Chuah dan ramai lagi. Drama ini mula bersiaran pada 21 Disember 2022 pada setiap hari rabu jam 9:30 malam di Astro RIA saluran 104. Korang juga boleh menonton secara online di Astro GO dan Astro On Demand.

Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 mengisahkan tentang pasangan kekasih yang masih bersekolah. Mereka berdua mempunyai latar belakang yang gelap menyebabkan banyak masalah timbul. Akim adalah seorang anak yatim piatu yang terpaksa menjual dadah dan Mira pula menjana wang dengan menghiburkan pelanggan. 

Apakah dugaan yang  dihadapi oleh mereka berdua? Kalau korang nak tahu kenalah tonton di Astro RIA setiap hari rabu!

Informasi Ringkas Tentang Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Tajuk Drama : Akim & Mira - Kisah Cinta 1999
Saluran : Astro RIA
Tarikh Tayangan : Bermula 21 Disember 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari rabu Jam 9:30 Malam
Pengarah : Feroz Kader
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Lakonan : Adam Lee, Mimi Lana, Fadlan Hazim, Meor Mohd, Ku Faridah, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Kimberly Chuah, Mahmud Alibashah, Kween Keela, Saif Yunuz dan ramai lagi

Tonton Trailer Rasmi Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Terbaru Lebih lama