Drama Bukan Syurga Pilihan

Bukan Syurga Pilihan adalah drama melayu baru yang ditayangkan di Astro Prima menerusi Slot Tiara. Drama ini dibintangi oleh Nadiya Nisaa dan Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama. Yang menariknya, drama Bukan Syurga Pilihan diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz sendiri .
 

Selain Nadiya Nisaa dan Ungku Ismail Aziz, drama Bukan Syurga Pilihan turut dilakonkan oleh Azizah Mahzan, Fezrol Khan, Aishah Ilias dan ramai lagi. Drama ini akan mula bersiaran pada 2 Januari 2023 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 Petang. 

Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan 

Bukan Syurga Pilihan adalah sebuah drama yang mengisahkan tentang seorang wanita bernama Tihani berkahwin dengan kekasihnya Zaid. Kehidupan Tihani berubah sekelip mata selepas berkahwin apabila janji yang ditabur hanya sekadar kata kata sahaja. Zaid akhirnya melepaskan Tihani dengan talak tiga.

Dalam pada masa yang sama, Megat Ariff pula tidak mahu dikahwinkan dengan Sofea yang merupakan gadis pilihan ibunya. Untuk melarikan diri Megat Ariff melamar Tihani untuk dijadikan sebagai isteri. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Bukan Syurga Pilihan

Tajuk Drama : Bukan Syurga Pilihan 
Saluran : Astro Prima 
Tarikh Tayangan : Bermula 2 Januari 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Terbitan : MIG Production Sdn Bhd
Lakonan : Nadiya Nisaa, Ungku Ismail Aziz, Azizah Mahzan, Fezrol Khan, Aishah Ilias, Ady Mohammad, Mardiana Alwi, Zarina Zainoordin dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama