Liar The Series Malaysia

Drama melayu Astro Original yang menarik akan ditayangkan di Astro Citra pada tahun ini (2023) tidak lama lagi. Drama yang aku maksudkan adalah Liar The Series yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Tony Eusoff dan Nast-T. Drama ini diadaptasi dari drama bersiri UK bergenre Thriller yang bertajuk LIAR. 

Jom Tonton Liar The Series Malaysia

Liar The Series Malaysia

Barisan pelakon lain yang turut membintangi Liar The Series adalah Atilia Haron, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Nazrief Nazri, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Jason Chong bersama Imri Nasution dan diterbitkan oleh Double Vision Sdn Bhd. 

Sinopsis Liar The Series Malaysia

Liar The Series versi Malaysia mengisahkan tentang Lara yang merupakan seorang cikgu. Dia pernah berkahwin sebelum ini tetapi sudah bercerai dan mengambil keputusan untuk keluar bertemu janji dengan jejaka bernama Aiman Yusuf yang telah kematian isterinya.

Selepas itu berlaku sesuatu yang membuatkan Lara menuduh Aiman merogolnya tetapi Aiman menafikannya. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Informasi Ringkas Tentang Liar The Series Malaysia

Tajuk Drama : Liar The Series
Saluran : Astro
Tarikh Tayangan : TBA
Waktu Tayangan : TBA
Pengarah : Jason Chong dan Imri Nasution
Terbitan : Double Vision Sdn Bhd
Pelakon : Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Tony Eusoff, Nast-T, Atilia Haron, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Nazrief Nazri, Wan Raja, Datuk Jalaludin Hassan, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama