Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 Dibuka Sehingga 30 September 2022

Fasa pertama untuk Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah pun berakhir dan kini Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 sudah bermula dari 1 Ogos 2022 yang lepas sehingga hujung bulan ini iaitu 30 September 2022. Untuk kali ini Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia memperluaskan lagi kelayakan permohonan kepada 4 kategori.

Apa Itu Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi  membantu pelajar B40 yang sedang melanjutkan pelajar di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan memberikan mereka peranti secara PERCUMA.


Seperti yang dimaklumkan, kelayakan untuk permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 telah diperluaskan kepada 4 kategori. Korang boleh rujuk 4 kategori tersebut seperti dibawah.

Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 telah diperluaskan kepada :
  1. Pelajar Asasi di bawah KPT
  2. Pelajar Institut Pendidikan Guru
  3. Pelajar Kolej Matrikulasi, Koleh Vokasional & Tingkatan Enam (2 Semester) di bawah KPM
  4. Pelajar ASWARA di bawah Motac
Jika korang adalah  pelajar yang termasuk dalam salah satu kategori yang disebut dan merupakan  Pelajar B40 daripada keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM4850 maka korang boleh membuat permohonan untuk mendapatkan peranti tablet secara percuma. 

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 boleh dibuat secara online di laman sesawang PerantiSiswa - K-KOMM (kkmm.gov.my).

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2

Pelajar dan mahasiswa yang berjaya lulus akan menerima peranti tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE bersama aksesori lain seperti papan kekunci (Keyboard), pen stylus dan juga casing beserta dengan tempoh jaminan selama dua tahun.

Dijangka agihan peranti untuk PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 akan dibuat pada bulan Oktober/November 2022

Adakah Peranti Yang Diterima Perlu Dikembalikan?

Menurut FAQ yang dikongsikan di laman sesawang PerantiSiswa Keluarga Malaysia, Pada awalnya pelajar atau mahasiswa yang menerima peranti tablet perlu memulangkannya kembali kepada Pentadbir program selepas tamat mengikuti program IPTA atau IPTS masing masing tetapi selepas pengumuman Perdana Menteri  Malaysia YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sewaktu Majlis Pelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia Pada 3 September 2022 di UITM Shah Alam, tablet PerantiSiswa diberikan terus secara percuma kepada penerima yang diluluskan permohonannya. Sumber
 
Sekiranya korang ingin bertanya beberapa soalan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila emelkan pertanyaan tersebut ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau hubungi mereka di talian berikut :
  • 03-8911 5351 
  • 03-8911 5258 
  • 03-8911 5265 
  • 03-8911 5188 
Waktu operasi: 
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) - 8.00 pagi hingga 6.00 petang 
Sabtu dan Ahad - 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama