Netflix Released Trailer Filem Mat Kilau Di Youtube Netflix Asia | Jom Tonton Mat Kilau Di Netflix

Sebelum ini ada beberapa news yang menyatakan bahawa filem Mat Kilau akan ditayangkan di Netflix tetapi aku masih tidak mengeluarkan apa apa artikel kerana belum ada update dari youtube Netflix Asia tetapi pada hari ini 6 September 2022, mereka telah memuatnaik trailer rasmi filem Mat Kilau di youtube channel Netflix Asia mengesahkan bahawa Mat Kilau akan ditayangkan pada 16 September 2022 akan datang.

Filem Mat Kilau di Netflix Malaysia 16 September 2022

Tayangan Filem Mat Kilau Jatuh Pada Hari Malaysia 16 September 2022

16 September 2022 adalah tarikh yang sesuai untuk tayangan filem Mat Kilau di Netflix kerana pada tarikh tersebut rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. 

Trailer Rasmi Filem Mat Kilau Di Netflix Asia


Tayangan Mat Kilau di Netflix sangat dinantikan oleh aku sendiri kerana sewaktu filem ini ditayangkan di pawagam aku tidak sempat untuk menontonnya. Mendengar dan membaca maklumbalas positif dari penonton membuatkan aku tidak sabar untuk menonton filem Mat Kilau di Netfix. 

Bagi korangg yang sama seperti aku, kita akhirnya dapat menonton filem Mat Kilau di Netflix dan untuk yang pernah menonton tetapi masih ingin memberi sokongan kepada filem ini boleh berbuat demikian dengan  melanggan Netflix serendah RM17 Sebulan.

Terbaru Lebih lama