Cafe Tersorok Tepi Sungai Di Jeli Kelantan | Miena Cafe Hidang pelbagai Jenis Makanan

Cafe Tersorok di Jeli Kelantan | Miena Cafe Hidang pelbagai Jenis Makanan | Kalau korang nak tahu, Miena Cafe berada di tepi jalan menuju ke bandar jeli berdekatan dengan MRSM Jeli dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tapi aku tak pernah nampak sebab ianya agak tersorok.


Miena Cafe Jeli
Alamat : PT 5630 Jalan Gemang Baru Jalanraya, Lebuhraya Timur-Barat, Bandar Jeli Gemang, 17600 Jeli, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari 10 Pagi hingga 7 Petang (Jumaat Tutup)
Nombor Telefon : 016-5870184

First time nampak Miena Cafe memang sangat menarik perhatian sebab dekat bahagian luar tuh ada macam fountain. Bila korang berjalan masuk ke cafe bolehlah dengar bunyi air yang menenangkan hehe. 

Miena Cafe ini tidaklah terlalu besar tapi mampu memuatkan ramai pelanggan pada satu satu masa. Korang boleh tengok gambar yang aku kongsikan dekat bawah nih. Semuanya tersusun dengan baik dan bersih. 

Padahal waktu aku datang tuh ramai juga pelanggan yang baru lepas makan sebab lunch hour kan tapi lepas pelanggan dah keluar dorang terus kemaskan meja supaya nampak kemas balik. 



Kalau korang datang Miena Cafe, aku cadangkan korang ambil tempat duduk yang paling hujung sekali dekat bahagian pokok tuh. Sesuai untuk bergambar dan yang paling penting dekat dengan sungai. Yes! Miena Cafe ini berdekatan dengan sungai. Walau pun kecil jer tapi masih boleh tengok air sungai mengalir. 


Aku terlupa nak tangkap gambar sungai tapi korang boleh tengok dekat video yang aku kongsikan di penghujung entry ini. 

Sekarang ini aku nak share pasal makanan pulak sebab dekat Miena Cafe korang boleh mencuba beberapa jenis makanan termasuklah masakan Thailand, Korea dan Western. 

Senarai Makanan Dan Minuman Di Miena Cafe Jeli 







Apa Yang Aku Makan Dekat Miena Cafe Jeli

Time nak pilih makanan tuh memang agak rambang mata sebab semua nak try tapi seperti biasa tekak melayu ini mesti nak cuba nasi jugak! Ada enam menu nasi yang disediakan dalam menu. Semuanya nampak menarik tapi bila nampak Nasi Ayam Menangis tuh terus tak fikir panjang kita order je la.



Nasi ayam menangis ini dihidangkan bersama dengan isi ayam yang digoreng bersama sos pedas. Bagi aku memang pedas tapi takdalah pedas sangat sampai menangis! yang penting sedap. Makan pulak dengan telur mata bertambah tambah selera makan. 

Selain itu, aku order Kai Tord yang bermaksud Ayam Goreng. Kalau kenal aku memang tak peliklah kenapa dah ada ayam order lagi ayam haha. Aku memang suka makan ayam. 



Kai Tord ini pun sedap korang! Ayam goreng dia garing dan flavorful. Mungkin sebab ada banyak rempah yang dicampur. Tengok dalam pinggan tuh pun ada serai dan daun limau. Makan ayam goreng jer pun dah sedap. Kalau makan dengan pencicah lagilah sedap hehe.

Untuk minuman pulak bagi aku order Blue Mint. Main order jer sebab nama dia menarik. Harga pun agak murah.


Rasa dia ok ok jer bagi aku. Next time mungkin aku akan order air jus atau dorang punya special drinks macam Ice Molten Lava Chocolate, Strawberry, blueberry atau mango. 

Kesimpulannya korang, aku sangat berpuas hati dengan makanan yang aku order kecuali air. Lepas ini aku nak datang lagi untuk cuba makanan lain pulak. Untuk korang yang belum pernah makan dekat sini bolehlah singgah. Korang waze sahaja "Miena Cafe" insyaAllah akan jumpa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama