Lepak di Pondok Kopi Kampung Jedok Tanah Merah Pekena Coffee Dan Desserts

Lepak di Pondok Kopi Kampung Jedok Tanah Merah Pekena Coffee Dan Desserts | Walau pun dekat dengan rumah tapi baru berkesempatan untuk singgah dekat Pondok Kopi sebab tak tahu pun sejak bila wujudnya cafe ini. Plan punya plan alhamdulillah hari ini kita lepak kejap sambil minum coffee dan makan pencuci murah dengan harga yang murah dan berbaloi.


Pondok Kopi yang terletak di Kampung Jedok Tanah Merah ini beroperasi dari jam 1100 pagi sehingga jam 1000 malam. Aku pergi seawal yang boleh sebab nak ambil gambar untuk dikongsikan dengan korang. Kalau lambat sangat nanti ramai orang pulak kan. 


Keadaan di sekitar Pondok Kopi memang sangat cantik dan bersih. Sesuai untuk korang yang suka ambil gambar. Aku singgah dekat Cafe ini jam 12 tengahari jadi agak panas sebenarnya. Pakai pulak denim jacket memang mendapatlah aku haha tapi kalau korang datang lepak petang petang memang best.


Aku suka dekorasi Pondok Cafe sebab ianya simple tapi nice gila especially bahagian luar macam dalam gambar kat atas nih. Minum coffee sambil pekena kek memang ngamlah kan. Bahagian dalam cafe pun cantik juga walau pun kecil tapi mampu memuatkan beberapa orang pelanggan pada satu satu masa.



Kita dah tengok keadaan dalam dan luar cafe, Sekarang ini aku nak share dengan korang menu yang ada di Pondok Kopi Kampung Jedok Tanah Merah. Bersesuaian dengan tagline yang digunakan "Coffee & Dessert", Pondok Kopi menyediakan beberapa jenis kek dan pastry untuk dicuba oleh pelanggan mereka.

Senarai Makanan dan Minuman di Pondok Kopi Kampung Jedok Tanah Merah Kelantan


Macam yang korang nampak, berikut adalah beberapa jenis minuman yang ada di Pondok Kopi. Kalau korang tidak menggemari kopi pun masih boleh datang di pondok kopi sebab dorang menyediakan beberapa jenis minuman seperti Thai Milk Tea, Classic Chocolate, Matcha dan Juga T-rex Dalgona

Untuk desserts korang tak akan rasa kecewa! Walau pun Pondok Kopi bukanlah cafe yang besar tetapi dorang mempunyai pilihan kek yang banyak untuk dicuba.


pilihan kek mungkin akan berlainan untuk hari yang berbeza. Waktu aku datang dorang letak beberapa jenis kek yang berasaskan cheese untuk dicuba contohnya Hokkaido Triple Chocolate Cheese, Burnt Cheesecake, Salted Caramel Cheesecake, Hokaido Tripe Cheesecake dan lain lain lagi. 




Dari segi harga pulak bagi aku ianya agak berpatutan kalau nak bandingkan dengan beberapa cafe yang pernah aku pergi sebelum ini. Harga Minuman tidak melebihi RM10 kecuali kalau korang tambah extra shot, extra whipping cream atau flavour Syrup. Kek yang dijual pada hari aku datang pun harganya kurang dari RM12 which is considered murah bagi aku.


Bila nak pilih kek apa untuk dimakan memang susah jugaklah bila banyak tapi hujung hujung aku decided untuk cuba Hokkaido Triple Cheesecake. Basically untuk kek ini dia triple layers dengan texture yang berbeza. Harga untuk kek ini adalah RM10.90! Minuman pulak aku cuba Sweet Butterscotch yang berharga RM9.90. 


Sweet Butterscotch tuh kenalah dengan nama dia sebab memang sweet bethol tapi sedap. Untuk kek rasa dia memang sedap texture dia pun sangat sangat lembut. Dari segi portion memang berbaloi dengan harga. Tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil.


Secara keseluruhannya memang okay kalau korang nak datang  lepak dekat sini sebab pilihan minuman dan desserts banyak, pekerja pun memang friendly, cafe pulak cantik untuk korang bergambar cuma aku harap in future dorang akan tambahkan menu makanan berat jugak. Tak pun mungkin boleh cuba jual snacks yang simple dulu macam french fries, nugget, onion dan lain lain. 

Pondok Kopi Kampung Jedok Tanah Merah 
Alamat : Lot 64 Kampung, 17700 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi : 11 Pagi sehingga 10 Malam
Facebook : Pondok Kopi
Instagram : hipondok_kopi


*Kalau korang dari Tanah Merah menghala ke Jeli, Pondok Kopi berada sebelum Sekolah Rendah Gual Jedok. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama