Sudio T2, Wireless Earphone Terbaru Dengan Fungsi Noise Cancellation & Kalis Air?

Sudio T2, Wireless Earphone Terbaru Dengan Fungsi Noise Cancellation & Kalis Air? | Untuk korang yang tidak pernah tahu tentang Sudio, Mereka adalah pengeluar wireless earphones dan Speakers dari Stockholm, Sweden sejak dari 2012 lagi. 

Produk keluaran mereka sangat terkenal di beberapa buah Negara termasuklah Malaysia. Sudio T2 bukanlah Wireless Earphone pertama keluaran Sudio yang pernah aku guna. Antara koleksi yang masih aku gunakan sampai sekarang adalah Sudio TOLV, Sudio NIO dan juga Sudio Tretton.

Baca Juga : Apa Yang Best Tentang Sudio NIO?

Bagi Penggemar Produk Sudio, Korang pasti tahu yang mereka sentiasa menghasilkan produk yang terbaru dan sekarang Sudio T2 dilahirkan untuk memberi kepuasan maksima kepada pengguna wireless Earphone. 

Wireless Earphone Terbaru Sudio T2


Apa Yang Menarik Tentang Sudio T2?

Untuk pengetahuan korang, Sudio T2 didatangkan dengan beberapa kelebihan yang sangat menarik. Aku akan kongsikan secara lebih details tentang kelebihan yang ada supaya korang dapat informasi yang mungkin akan membuatkan korang tertarik untuk menggunakan Sudio T2 selepas ini. Antara kelebihan Sudio T2 adalah :

  1. Pilihan warna yang menarik.
  2. Water Resistant/Kalis air.
  3. Fungsi Noise Cancellation.
  4. Mempunyai Empat (4) pasang eartips dengan saiz berbeza.
  5. Kawalan lagu & panggilan dengan Touch Panel.
  6. Tempoh penggunaan yang lama.

4 (Empat) Pilihan Warna Menarik 

Sudio T2 didatangkan dengan empat pilihan yang sangat cantik. Selain warna putih yang aku guna sekarang, Korang boleh miliki Sudio T2 dengan warna Jade, Black atau Sand. Warna Jade dan Sand adalah antara yang paling digemari ramai. Sewaktu aku membuat pilihan warna, hanya tinggal hitam dan putih sahaja yang masih available. Jadi aku pilih putih sebab Sudio Tolv aku sebelum nih warna hitam.

Wireless Earphone Terbaru Sudio T2

Wireless Earphone Terbaru Sudio T2

Walau pun pada awalnya putih bukan pilihan warna yang aku nak tetapi bila dah sampai dekat tangan rasa bersyukur pulak pilih warna nih sebab nampak sangat sangat cantik dan "clean". 

Betul ke Sudio T2 Water Resistant/Kalis Air?

Sama seperti Sudio NIO, Sudio T2 dapat bertahan dengan percikan air dan peluh. Ini bermakna ianya sesuai untuk digunakan sewaktu melakukan aktiviti sukan ringan seperti jogging. 

Macam Mana Pula dengan Kualiti Bunyi?

Pada pendapat aku, kualiti bunyi yang dihasilkan oleh Sudio T2 agak memuaskan. Seperti yang aku kongsikan pada tajuk artikel, Sudio T2 mempunyai fungsi Noise Cancellation. Ianya sangat membantu dari segi bunyi kerana ia dapat mengurangkan "unwanted noise". 

Wireless Earphone terbaru  Sudio T2 harga Diskaun

Selepas menggunakan sendiri fungsi ini di tempat yang ada bunyi bising seperti bunyi kipas. ianya dapat mengurangkan bunyi tersebut dan membantu aku untuk lebih fokus sewaktu membuat kerja, menonton movie atau mendengar lagu.

Wireless Earphone terbaru  Sudio T2 harga Diskaun

Sudio T2 juga mempunyai "Dual Beamforming microphone array" yang menghalakan satu mic ke arah persekitaran dan satu lagi ke arah mulut kita untuk menangkap suara dengan lebih kuat dan jelas. Jadi, membuat panggilan dan berbual dengan seseorang menggunakan Sudio T2 tidak akan memberikan kita masalah.

Mempunyai Empat Eartips Yang Berbeza Saiz

Keselesaan adalah satu sebab kenapa Sudio T2 perlu menjadi Wireless Earphone pilihan korang. Ini keranya Sudio T2 didatangkan empat pilihan eartips dengan saiz yang berbeza mengikut keselesaan telinga masing masing. 

Wireless Earphone terbaru  Sudio T2 harga Diskaun

Lagu Dan Panggilan Boleh Dikawal dengan Touch Panel 

Mengawal lagu dan panggilan menggunakan Touch Panel di earphone sangat memudahkan kita sebagai pengguna. Korang boleh rujuk informasi di bawah untuk cara penggunaannya.

Muzik

  • Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan) - Play/Pause 
  • Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri) - Undo
  • Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan) - Next
  • Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri) -Rendahkan Volume
  • Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kanan) - Tinggikan Volume

Wireless Earphone terbaru  Sudio T2 harga Diskaun

Panggilan

  • Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan) - Jawab Panggilan
  • Sentuh tiga Saat (earphone sebelah kiri/kanan) - Letak/Tolak Panggilan

Tempoh penggunaan yang agak lama 

Dengan hanya sekali cas, Sudio T2 mampu bertahan selama 7.5 jam dan jika ia digunakan dengan bekas penyimpanan Sudio T2 mampu bertahan selama 35 jam. Yang paling menarik, korang masih boleh gunakan Sudio T2 selama 2 jam sekiranya korang charge dalam tempoh 10 minit sahaja. 

Wireless Earphone terbaru  Sudio T2 harga Diskaun

Wireless Earphone terbaru  Sudio T2 harga Diskaun

Jadi, kalau rushing atau terlupa nak charge korang tak perlu risaulah kan, charge je 10 minit boleh guna 2 jam. Amazing! Sesuai untuk aku yang selalu lupa hehe.

Jom Beli Sudio T2 Dengan Harga Diskaun!

Harga untuk Sudio T2 adalah RM549 tetapi korang boleh dapatkanya dengan harga lagi murah dengan menggunakan kod diskaun yang aku kongsikan dibawah.

Dapatkan diskaun sebanyak 15% dengan menggunakan kod LUQMANT2

Selain itu, korang juga boleh mendapatkan tiga (3) tahun jaminan (warranty) antarabangsa apabila mendaftar di Sudio SPHERE. Penghantaran untuk pembelian Sudio juga adalah PERCUMA

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan sudio T2 sekarang!

Website : www.sudio.com/my
Terbaru Lebih lama