Wireless Earphone Kalis Air | Sudio NIO Didatangkan Dengan 4 Saiz Wing Tips Yang Berbeza!

Wireless Earphone Kalis Air | Sudio Nio Didatangkan Dengan 4 Saiz Wing Tip Yang Berbeza! | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan wireless earphone keluaran Sudio.

Wireless earphone best tahan lama

Mengenai Sudio

Sudio adalah  "brand" yang mengeluarkan pelbagai jenis wireless earphone dan speakers dari Stockholm, Sweden sejak dari tahun 2012. 

Sudio juga sangat popular di beberapa buah negara lain termasuklah Malaysia. Antara wireless earphone keluaran mereka adalah Sudio ETT, Sudio TOLV, Sudio Fem dan banyak lagi. 

Wireless earphone best tahan lama

Sudio sentiasa mencari idea baru untuk memastikan pengguna dapat memilih dan menggunakan wireless earphone mengikut citarasa masing masing. Baru baru ini mereka telah melancarkan satu wireless earphone yang diberi nama Sudio NIO!

Wireless earphone best tahan lama

Apa Yang Menarik Dengan Sudio NIO?

Untuk pengetahuan semua, Sudio Nio baru sahaja dilancarkan pada 11 Januari 2021. Wireless earphone keluaran terbaru Sudio ini didatangkan dengan beberapa kelebihan yang pastinya akan membuatkan korang semua berminat untuk mencubanya sendiri.

  1. Pilihan warna yang menarik
  2. Water Resistant/Kalis Air
  3. Kualiti Bunyi yang terbaik
  4. Empat (4) Wing Tip dengan saiz berbeza
  5. Kawal lagu dan panggilan dengan touch panel
  6. Tempoh penggunaan yang lama

Pilihan Warna Yang Menarik

Sudio NIO didatangkan dengan tiga pilihan warna yang berbeza iaitu putih, hitam dan hijau. Mempunyai peluang untuk memilih warna wireless earphone mengikut citarasa sendiri pastinya akan memberikan kepuasan yang kepada pengguna. betul tak?

Wireless Earphone Sudio nio

Wireless earphone best tahan lama

Saya sendiri tertarik dengan warna hijau yang dikeluarkan untuk Sudio NIO kerana ianya nampak sangat cantik dan mewah. Mereka akan mengeluarkan satu lagi warna yang menarik untuk Sudio NIO iaitu sand. Korang boleh tengok gambar diatas untuk rujukan.

Sudio NIO Kalis Air/Water Resistant (Splash Proof)

Betul ke Sudio NIO ini kalis air? Kalau korang nak tahu, IP (ingress Protection) rating untuk Sudio NIO adalah IPX4. Untuk peranti yang mempunyai nilai IPX4 ini kebiasaannya dapat bertahan bila terkena percikan air hujan

Wireless Earphone yang tahan lama

Bukan itu sahaja, Sudio NIO juga mampu bertahan dengan peluh. Jadi, kalau korang nak gunakan sudio NIO untuk melakukan aktiviti sukan contohnya jogging memang tak akan ada masalah. 

Kualiti Bunyi Yang Terbaik 

Macam mana pula dengan kualiti bunyi Sudio NIO? 

Dengan 10mm driver, Sudio NIO dapat menghasilkan kualiti bunyi yang baik dan mengekalkan bunyi bass yang enak didengar. 

Mempunyai Empat (4) Wing Tips Dengan Saiz Yang Berbeza

Salah satu kelebihan Sudio NIO yang korang perlu tahu adalah ianya mempunyai empat wing tips dengan saiz yang berlainan dimana korang boleh gunakannya mengikut kesesuaian dan keselesaan telinga masing masing.

wireless earphone yang tahan lama

Wing Tips yang disediakan diperbuat daripada getah. Jadi, ianya bukan hanya memberikan keselesaan tapi dapat mengelakkan ia terculut dari telinga. Sangat praktikal dan sesuai untuk aktiviti sukan.

Kawal Muzik & Panggilan Dengan Touch Panel 

Menariknya, korang boleh mengawal panggilan dan muzik yang dimainkan dengan hanya menyentuh earphone sahaja. Dibawah adalah cara untuk menggunakan touch panel Sudio NIO.

Muzik

  • Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan) - Play/Pause 
  • Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri) - Undo
  • Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan) - Next
  • Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri) -Rendahkan Volume
  • Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kanan) - Tinggikan Volume

wireless earphone yang tahan lama

Panggilan

  • Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan) - Jawab Panggilan
  • Sentuh Dua Saat (earphone sebelah kiri/kanan) - Letak Panggilan
  • Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kiri/kanan) - Tolak Panggilan

Tempoh penggunaan yang lama

Dengan hanya sekali penggunaan, Sudio NIO boleh bertahan selama 5.5 Jam tetapi jika digunakan dengan bekas penyimpanan ianya mampu bertahan selama 20 Jam.

wireless earphone yang tahan lama

Lima jam untuk sekali penggunaan adalah sangat berbaloi kerana sebagai seorang pengguna wireless earphone, saya pernah menggunakan wireless earphone yang hanya mampu bertahan lebih kurang 2 hingga 3 jam sahaja.

Berikut adalah enam (6) info menarik mengenai Sudio NIO yang korang perlu tahu!

Apa Yang Saya Suka Dengan Sudio NIO?

Pertama sekali adalah rekabentuk Sudio NIO. Ianya sangat simple berbanding Sudio Tolv, Sudio ETT atau pun Sudio Fem tetapi apa yang membuatkan Sudio NIO berbeza adalah wing tips yang didatangkan bersamanya. 


Seperti yang saya maklumkan wing tips yang disediakan sangat bermanfaat untuk semua orang kerana saiznya berbeza membuatkan pengguna dapat memilih wing tips mengikut keselesaan masing masing.

wireless earphone yang tahan lama

Seterusnya adalah kemampuan Sudio NIO untuk kekal berada di telinga walau pun kita sedang melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak. 

Akhir sekali, kelebihan yang saya paling suka tentang Sudio NIO adalah tempoh pengunaannya yang agak lama. 

Spesifikasi Sudio NIO

Construction

  • True Wireless
  • Touch Panel Control
  • IPX4 Splash Proofing
  • 20 hours Play Time
  • Play Time : 5.5 hours
  • Total Play Time : 20 hours
  • Charging Type : USB Type C
  • Time To Full Charge : 90 Minutes
  • Battery (Case) : 3.7V, 400mAh
  • Battery (earbuds) : 35 mAh

Audio Specifications

  • Driver Size : 10mm
  • Frequency Range : 20Hz - 20KHz
  • Impedance : 32Ω
  • Sensitivity : 114dB

Bluetooth

  • A2DP v1.3/AVRCP v1.5/HFP v1.6
  • Bluetooth 5.0


Beli Sudio NIO dengan harga Diskaun!

Harga yang dikenakan untuk Sudio NIO adalah RM359 sahaja tetapi korang boleh dapatkanya dengan harga lagi murah dengan menggunakan kod diskaun yang saya kongsikan dibawah.

Dapatkan diskaun sebanyak 15% dengan menggunakan kod LUQMAN2020

Selain itu, korang juga boleh mendapatkan tiga (3) tahun jaminan (warranty) antarabangsa apabila mendaftar di Sudio SPHERE. Penghantaran untuk pembelian Sudio juga adalah PERCUMA

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan sudio NIO sekarang!

Terbaru Lebih lama