Aktiviti Yang Boleh Dibuat Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan | Seperti yang kita semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 sudah pun bermula sejak 13 Januari 2021 dan akan berakhir pada 26 Januari 2021 akan datang.


PKP 2.0 yang dilaksanakan selama dua minggu ini pastinya akan memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai aspek. 

Aktiviti PKP

Dua minggu adalah tempoh yang agak lama dan untuk kekal berada di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti akan membuatkan kita cepat bosan, stress dan rasa tidak bertenaga sepanjang masa.

Jadi apakah aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sepanjang tempoh PKP?

Aktiviti Yang Boleh Dibuat Sepanjang PKP

Sekarang ini, saya akan senaraikan beberapa idea mengenai aktiviti yang kita boleh lakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Setiap aktiviti ini tidak semestinya "releven" untuk semua orang tetapi mungkin dapat memberikan inspirasi supaya kita tidak bosan sepanjang berada dirumah.

  • Memasak
  • Dekorasi Rumah 
  • Bermain Game
  • Menonton Movie
  • Bersukan
  • Belajar Benda Baru
 

 Memasak 

Memasak adalah salah satu aktiviti yang boleh dibuat sepanjang kita berada dirumah. Inilah masa yang sesuai untuk mengasah bakat memasak yang kita ada. Tak tahu masak? Jangan risau sebab korang boleh dapatkan pelbagai jenis resepi secara online dan cuba masak resepi tersebut bersama kawan kawan dan keluarga di rumah.

Dekorasi Rumah

Selain memasak, korang juga boleh mengubahsuai rumah. 

"Musim PKP nak deko rumah? Manalah ada duit musim musim macam nih?"

Mendekorasi rumah dengan membeli barang barang baru memerlukan  belanja yang agak besar. Tak semua orang mampu untuk mengubahsuai rumah secara drastik tapi rakyat marhaen macam kita pun masih boleh deko rumah dengan cara kita sendiri.

DIY!

Ya, salah satu cara yang kita boleh buat adalah dengan DIY (Do It Yourself). Sebagai contoh,  kalau ada barang barang di dalam rumah yang korang rasa tak nak guna dan bercadang untuk membuangnya tapi masih dalam keadaan elok. 

Korang ubahsuailah barang tersebut dan hasilkan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai dekorasi rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. 

Selain itu, korang juga boleh mengubahsuai kedudukan perabot di dalam rumah supaya nampak berlainan dan "fresh" mengikut citarasa masing masing. Barulah sedap mata memandang dan korang tak akan rasa cepat bosan bila rumah terkurung dalam rumah.

Bermain Game

Kalau bab main game ini mesti ramai yang setuju. betul tak?

Saya pulak kalau main game memang failed teruk sebab tak reti tapi kalau game biasa biasa yang  download dekat google playstore tuh bolehlah untuk hilangkan bosan. 

Kalau korang tinggal bersama keluarga atau kawan kawan mesti lagi best sebab boleh main board game! Nak lagi tradisional mainlah congkak ke batu seremban ke hehe pun boleh asalkan dapat hilangkan rasa bosan dekat rumah. 

Menonton Movie

Aktiviti yang paling mudah nak buat adalah menonton drama atau filem yang menarik. Sekarang ini ada banyak platform yang kita boleh gunakan untuk tengok cerita cerita best contohnya Netflix, WeTV, iQIYI dan banyak lagi.

Bersukan

Bersukan atau bersenam adalah salah satu aktiviti sihat yang boleh dilakukan sepanjang berada dirumah. Tak perlu buat aktiviti sukan yang berat berat pun kalau malas haha. Mungkin korang boleh berzumba atau buat cardio.

Tak adalah nanti berat naik mendadak sebab duduk rumah lama sangat. Kalau buat selalu InsyaAllah akan jadi "habit". Mana tahu nanti dah habis PKP pun korang boleh teruskan dan jadikannya sebagai gaya hidup yang baru.


Belajar Benda Baru

Bila duduk lama sangat dekat rumah korang cubalah belajar buat benda baru. Maksud saya explore kebolehan diri sendiri contohnya jadi "content creator" ke? Contohnya, kalau pandai masak, buatlah video memasak dah kongsikan dekat youtube. 

Kalau ada rezeki, boleh jana pendapatan sampingan dengan youtube. 

Tak memasak pun mungkin boleh cuba bermain alat muzik atau pun  mulakan aktiviti lain macam membaca buku buku ilmiah untuk tambah pengetahuan.

Macam macam kita boleh buat sebenarnya. Semuanya bergantung kepada diri sendiri samada nak terus kekal aktif dekat rumah atau nak tidur jer sepanjang masa.  

Walau apa pun, marilah kita bersama sama doa semoga kes jangkitan Covid-19 berkurangan dengan pantas supaya Perintah Kawalan Pergerakan akan dihentikan dengan cepat. 

1 Comments

  1. Macam2 boleh buat as long as kreatif memanfaatkan masa yg ada. :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post