Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra's Home Buying Hub | Nak buat pembelian rumah pertama tapi tak tahu macam mana? Artikel ini mungkin dapat membantu korang untuk mendapatkan rumah dengan lebih mudah dan cepat.

Proses membeli rumah kebiasaannya akan mengambil masa yang agak lama dan ianya agak rumit menyebabkan ramai pembeli rumah pertama diluar sana takut untuk berhadapan dengan isu yang bakal dihadapi semasa proses pembelian rumah dijalankan.

Apakah Masalah Yang Dihadapi Oleh Pembeli Rumah?

Berikut adalah antara masalah yang sering dialami oleh pembeli rumah buat pertama kali. 
  • Proses yang rumit.
  • Kurang ilmu dan kesedaran tentang pemilikan rumah.
  • Tiada persediaan dari seri kewangan.
  • Pengurusan dokumen yang tidak kemas dan tidak teratur.
Masalah ini boleh dielakkan sekiranya kita mendapatkan perkhidmatan mereka yang lebih pakar dalam bidang hartanah contohnya Myra yang boleh membantu  menyelesaikan segala masalah berkaitan pembelian rumah.

Myra's Home Buying Hub

Dengan adanya Myra's Home Buying Hub, Segala persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan pembelian rumah akan terjawab kerana misi utama mereka adalah untuk membantu pembeli rumah memilih dan memiliki rumah bersesuaian dengan kehendak dan bajet.

Myras Home Buying Hub

Selain itu, Proses pembelian rumah juga akan menjadi lebih mudah kerana ianya dilakukan secara online tanpa perlu berjumpa secara fizikal. Terdapat pelbagai kelebihan yang kita boleh dapat apabila menggunakan laman web Myra sebagai medium untuk membeli rumah. 

Apakah Kelebihan Menggunakan Myra's Home Buying Hub?

Ingin mendapatkan rumah buat pertama kali memang sangat menyeronokkan tetapi sebenarnya ianya agak remeh. Jangan risau sebab Myra akan membantu korang dengan empat (4) langkah ini.
  • Berkongsi maklumat tentang beberapa perkara penting yang korang perlu titikberatkan sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah. contohnya pemilihan rumah yang bersesuaian, lokasi, bajet dan lain lain.
  • Mereka juga akan memberi penjelasan tentang hal kewangan berkaitan dengan dokumen dokuman yang diperlukan oleh bank termasuklah menyemak status CTOS.
  • Myra akan memberikan nasihat tentang perjanjian supaya korang tahu apa yang korang  tandatangani dalam kontrak.
  • Korang akan diberitahu apa yang perlu dilakukan selepas berjaya mendapatkan rumah yang ingin dimiliki.

Selain itu, laman web ini menyediakan pelbagai ciri ciri penting seperti kalkutor ansurans dalam taliankalkulator pengiraan penilaian DSR (Debt Service Ratio), panduan penyerahan dokumen dan juga tips membeli rumah untuk melancarkan proses pembelian rumah secara online.

Check DSR online
Installment Calculator Online

Sebelum ini, proses membeli rumah memerlukan kita untuk mencetak dokumen penting dan menyimpannya untuk kegunaan membeli rumah tetapi dengan Myra, Pembeli hanya perlu memuat naik dokumen  ke folder peribadi di website tersebut. Kemudian Myra akan membuat semakan dan menawarkan bantuan dari segi penyerahan dokumen. 

Muatnaik Dokumen Myra

Dengan memuat naik dokumen di laman web Myra, masalah seperti kehilangan dokumen boleh dielakkan. Sekiranya pembeli rumah ingin menyemak atau memuat turun dokumen tersebut sebagai rujukan atau untuk digunakan dimasa hadapan ianya boleh dilakukan dengan mudah. 

Pendekatan seperti ini pastinya akan memudahkan pembeli muda masakini yang sentiasa menggunakan teknologi untuk semua perkara. Proses pembelian rumah akan menjadi lebih mudah kerana Myra sentiasa bersedia untuk membantu  menjelaskan tentang perkara yang tidak dipahami oleh pembeli rumah buat kali pertama.

Layari www.myra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Myra's Home Buying Hub.

Set to be launched in January 2021, Myra’s Homebuying Hub will collect, store and handle personal information of individuals in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) and has obtained SSL Certificate to ensure the security of every app user’s privacy.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama