Tinggal Bersama Kes Positif Covid-19? Ini adalah 7 cara untuk mencegah penularan Covid-19 Di Rumah | Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi beberapa langkah pencegahan yang wajib dilakukan sekiranya kita tinggal serumah dengan kes positif Covid -19.

covid 19 kuarantin di rumah

Jadi, untuk artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan hal tersebut. 

Baru baru ini, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkongsi tentang perkembangan Covid-19 di Malaysia dimana menurut beliau, 

jumlah pesakit bagi kes tahap satu (1) dan dua (2) telah mencecah 89 hingga 90 peratus daripada kesuluruhan kes dan  jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga sudah menghampiri kapasiti maksimum KKM.

Ini bermaksud kemudahan kesihatan yang sedia ada menjadi semakin terhad dan pesakit yang tidak bergejala atau bergejala ringan berkemungkinan akan mengkuarantinkan diri di rumah sahaja kerana fasiliti yang ada akan diberikan keutamaan kepada kes kes yang tiada tempat sesuai untuk kuarantin.

Mengkuarantinkan diri di rumah boleh dikatakan agak berisiko kerana mereka yang tinggal bersama mungkin akan berjangkit sekiranya tidak mengambil langkah berjaga jaga.

Apakah yang perlu dilakukan jika korang tinggal bersama kes positif covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan?


7 Langkah Pencegahan yang wajib dilakukan sekiranya tinggal bersama kes positif Covid-19.

  • Pertama sekali, apa yang perlu korang buat adalah kekal duduk di rumah selama 10 hari. 
  • Elakkan berkongsi bilik dengan pesakit.
  • Sentiasa memakai Pelitup muka (Mask) & Pastikan korang mengamalkan penjarakan fizikal 1 -2 meter daripada pesakit.
  • Pastikan korang mencuci tangan dengan air & sabun atau gunakan hand sanitizer.
  • Memakai sarung tangan semasa mengendalikan barangan yang digunakan oleh pesakit.
  • Pantau diri setiap hari untuk gejala menggunakan aplikasi MySejahtera.
  • Letakkan makan atau minuman di luar pintu bilik untuk diambil sendiri oleh pesakit.

Berikut adalah 7 langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh mereka yang tinggal serumah dengan kes positif Covid-19. 

Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas tips dan langkah pencegahan yang dikongsikan. Semoga ianya akan memberi manfaat kepada semua.

2 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama