Apa Itu UPU Pocket Online? Apakah Fungsi UPU Pocket Online?

Apa Itu UPU Pocket Online? Apakah Fungsi UPU Pocket Online?  | UPU Pocket Online adalah satu Aplikasi yang dicipta untuk membantu pelajar yang ingin buat permohonan UPU Online memilih kursus yang bersesuaian dengan lebih mudah.

apa itu upu pocket online

6 Fungsi UPU Pocket Online Yang Korang Perlu Tahu.

Berikut adalah fungsi fungsi yang boleh didapati dalam aplikasi UPU Pocket Online.
  • Semakan 
  • e-Panduan
  • Kalendar Akademik (Takwim)
  • Aduan
  • Alamat 
  • BKPA

Semakan

Terdapat tiga (3) jenis semakan yang boleh dibuat menggunakan Aplikasi UPU Pocket Online iaitu semakan permohonan, semakan keputusan dan semakan kelayakan.

e-Panduan

Untuk e-panduan pula, korang boleh menyemakkan syarat syarat kelayakan untuk kemasukan universiti awam, ILKA dan TVET.

Kalendar Akademik (Takwim)

Korang boleh tengok Tarikh Tarikh penting berkaitan dengan UPU Online.

Aduan

Aduan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi UPU Pocket Online. Korang boleh menghubungi mereka sekiranya ingin membuat maklum balas atau ada sebarang pertanyaan berkenaan UPU Online menggunakan fungsi aduan yang ada dalam aplikasi ini.

Alamat 

Kalau korang ingin mendapatkan alamat universiti awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam, aplikasi ini sangat membantu kerana ianya menyediakan maklumat tersebut. Korang hanya perlu taip nama universiti dan alamat, nombor telefon, emel dan maklumat lain akan tertera pada skrin.

BKPA

Sekiranya korang ingin menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) untuk membuat pertanyaan lanjut. Tekan sahaja butang "hubungi" dan maklumat seperti emel, nombor telefon akan ditunjukkan bagi memudahkan pengguna untuk menghubungi BKPA.

Aplikasi UPU Pocket Online sudah wujud sejak dari tahun 2018 lagi. Mungkin ramai diantara korang masih belum "familiar" dengan aplikasi ini.

Jadi, saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu pelajar yang ingin membuat semakan UPU  dengan cara yang lebih senang. Zaman sekarang semua orang ada smartphone. Betul tak? 

Rasanya lebih mudah untuk membuat semakan dan mencari maklumat tentang UPU Online menggunakan smartphone.

Jadi, tunggu apa lagi? Download sekarang untuk kegunaan akan datang!

Terbaru Lebih lama