Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 | Permohonan Baru dan Kemaskini

Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 | Permohonan Baru dan Kemaskini | Seperti yang telah dimaklumkan, Bantuan Prihatin Rakyat untuk tahun 2021 boleh dibuat bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Baca Juga : Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Bagi mereka yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah, korang perlu membuat permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Rakyat di https://bpr.hasil.gov.my/.

Bantuan Prihatin Rakyat

Manakala untuk pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus boleh mengemaskini maklumat di laman sesawang tersebut.

Permohonan BPR 2021 juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang yang perlu dicetak melalui laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my/ .

Pemohon juga boleh hadir ke :

  • Cawangan LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Dengan mengisi dan mengemukakan borang permohonan BPR. 

Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Secara Online

1. Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  • Nombor Kad Pengenalan (Mykad)
  • Nama
  • Umur 
  • Jantina
  • Nombor Telefon Rumah (Tidak wajib *Jika ada boleh isi)
  • Nomber Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • Bandar
  • Nama Bank
  • Nombor Akaun
  • Alamat Emel
3. Muatnaik  Dokumen Sokongan
4. Isi Maklumat Wakil
  • Tiada Wakil
  • Ada Wakil
5. Tekan butang TERUSKAN
6. Sahkan Permohonan korang dengan memasukkan CAPTCHA seperti yang tertera dan SAH kan CAPTCHA tersebut.
7. Seterusnya tick ruangan kotak kecil yang tertera bagi menandakan bahawa korang mengakui maklumat yang diberikan dan bersetuju dengan segala syarat syarat yang ditetapkan.
8. Tekan butang HANTAR.

Cara Untuk Mendaftar Akaun Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Mendaftar akaun BPR 2021 akan memudahkan korang untuk mengemaskini maklumat, membuat semakan tentang bantuan yang diterima dan macam macam lagi. Caranya sangat mudah.

1. Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my/ .
2. Masukkan nombor Kad Pengenalan (Mykad)
3. Masukkan kata kunci keselamatan
4. Jawab dua (2) soalan keselamatan dengan tepat. Korang hanya diberi 3 peluang untuk menjawab dua (2) soalan tersebut dengan betul.
5. Seterusnya jawab lima (5) soalan mengikut pilihan korang. Jawapan yang korang berikan akan digunakan untuk pengesahan sekiranya terlupa kata laluan akaun. jadi, semak betul betul jawapan tersebut dan tekan butang TERUSKAN.
6. Masukkan kata laluan dan pengesahan kata laluan dan tekan DAFTAR.

Dokumen sokongan yang diperlukan :

Pemohon

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama islam Negeri/JPN.
  • Salinan Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan JPN.
  • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN.
  • Salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Pasangan

  • Salinan Pengenalan Pasangan (Mykad/MyPR/MyKAS).
  • Salinan pasport/Visa/UNCHR/Pas Sempadan/Sijil Lahir/KP Lama.

Anak

  • Anak Kandung - Salinan Mykad/Mykid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN /
  • Anak Angkat - Salinan Mykad/Mykid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Pembayaran bantuan prihatin rakyat akan diberikan secara berperingkat dimana ianya dibahagikan kepada dua fasa :
  • Fasa 1 : April/Mei 2021
  • Fasa 2 : September/Oktober 2021
Semakan permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://bpr.hasil.gov.my/  atau korang boleh memuat turun aplikasi mobile BPR 2021 di Play Store atau App Store.

Sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi mereka di talian berikut.

Hotline BPR MOF
  • 03-88824565
  • 03-88824566
Hotline BPR LHDNM
  • 1-800-88-2747
E-mel
  • bpr@treasure.gov.my
Laman Web
  • https://bpr.hasil.gov.my
Alamat Kementerian Kewangan
  • Sekretariat BPR, Pejabar Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592, WP Putrajaya.

Terbaru Lebih lama