Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12, Kota Bharu

Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12, Kota Bharu  | Hai korang! Hari ini saya nak kongsikan satu lagi kedai makan yang korang boleh pergi dekat Kota Bharu yang dipanggil Nasi Paku Ayam Kampung! Agak "scary" dan curious jugaklah bila dengar "Nasi Paku" jadi jom kita tengok apa yang dorang jual dekat sini.

Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan

Ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Kedai Nasi Paku Ayam Kampung. Jadi, tak ada apa apa expectation pun tapi bila tengok review dekat google tak sangka pulak Nasi Paku Ayam Kampung ini adalah salah satu kedai makan yang menjadi tumpuan ramai orang untuk datang lunch.

Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan

Masa saya sampai tuh orang dah makin ramai. Maklumlah bila datang time lunch hour kan. Saya ingatkan menu dekat sini ada ayam kampung jer tapi rupanya ada banyak lagi pilihan lauk contohnya ikan keli goreng, paru goreng, gulai ayam kampung dan lain lain.

Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan
Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan
Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan
Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan

Untuk pengetahuan korang kedai Nasi Paku Ayam Kampung di Berek 12 ini dibuka bermula Jam 11 pagi sampai jam 430 petang sahaja. Jadi, kalau nak cuba Nasi Ayam Kampung dekat sini dekat datang awal sebab normally kalau lambat korang kena queue. Lepas tuh seating pun agak limited, seeloknya korang beli bungkus hehe.

Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan
Nasi Paku Ayam Kampung Kota Bharu Kelantan

Kalau korang makan dekat sini memang dia akan letak taugeh tuh tapi disebabkan saya tak makan taugeh so saya tak ambil. Overall, pada pendapat saya makanan dekat sini sedap. Patutlah ramai orang suka datang Kedai Nasi Paku Ayam Kampung beli nasi paku ayam kampung. Oh ya, cakap pasal ayam kampung ini saya tak berapa makan sangat tapi dekat sini ayam kampung dia sodapppp!

Alamat : Gerai 007, Jalan Pasar, Berek 12, 15200 Kota Bahru, Kelantan
Waktu Operasi : 1100 pagi - 0430 Petang (Jumaat Tutup)
Terbaru Lebih lama