Nasi Impit Sambal Kelapa masih wujud? | Korang pernah tak makan nasi impit dengan sambal kelapa? Kalau lontong atau soto ramai la yang tahu kan. Tak pun makan dengan kuah kacang. Betul tak? As a Kelantanese, makan nasi impit dengan sambal kelapa adalah satu kebiasaan. 

Nasi Impit Sambal Kelapa

Nasi Impit Sambal Kelapa ini adalah salah satu makanan favorite saya dari dulu lagi tapi bila dah makin berumur ini rasanya macam susah nak dapat lebih lebih lagi kalau duduk dekat bandar KL. Setiap kali nak beli makanan untuk sarapan yang ada selalunya donut, karipap dan roti sardin. 

Nasi Impit Sambal Kelapa

Ini pun dapat makan sebab balik kelantan. Kiranya masih wujud la Nasi Impit Sambal Kelapa nih. Alhamdulillah rasa dia still macam saya makan dulu dulu memang sedap dan tak muak! Kalau korang asal Kelantan, saya rasa mesti korang pernah makan kan. 

Nasi Impit Sambal Kelapa

Saya harap Nasi Impit Sambal Kelapa ini kekal la sampai bila bila. Tak nak la pupus ditelan zaman lepas tuh budak budak generasi akan datang pun tak tahu pasal kewujudan makanan yang sedap macam nih haha. 

Post a Comment

Previous Post Next Post