Kedai Makan Cendol di Machang | Cendol Tok Janggut

Kedai Makan Cendol di Machang | Cendol Tok Janggut | Korang suka makan cendol tak? Kalau korang memang penggemar cendol, artikel ini sesuai untuk korang baca sampai habis sebab saya nak kongsikan satu kedai makan cendol yang sedap di Machang, Kelantan.

Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan

Kedai makan Cendol Tok Janggut ini ada beberapa pilihan cendol untuk orang order. Dari yang biasa sampailah yang special. Selain itu, Dorang juga ada menyediakan beberapa pilihan makanan lain untuk korang cuba. Nak tahu makanan apa? Jom tengok senarai menu dekat bawah nih.

Senarai Makanan di Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan (Menu di Cendol Tok Janggut)

Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan

Untuk cendol sahaja ada enam pilihan! Ada cendol biasa, cendol pulut tapai, cendol jagung, cendol pulut, dan cendol special. Selain cendol, korang boleh cuba laksa penang, laksa lemak, laksam dan juga nasi lemak. Harga yang dikenakan pun berpatutan.

Apa yang saya makan di Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan?

Saya datang dekat kedai cendol Tok Janggut nih dengan kawan. Banyak jugaklah kitorang order. At first nak order laksam tapi habis pulak. Jadi, saya order Laksa Penang dengan Cendol Jagung. Kawan saya pulak amek Nasi Lemak dengan Cendol Special.

Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan
Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan
Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan
Kedai Cendol Tok Janggut Machang Kelantan

Untuk cendol jagung basically memang jagung dengan cendol jer la tapi kalau korang order yang special dia akan campur semua. Bagi saya cendol dia memang sedap for sure nak repeat lagi. Laksa penang pun sama tapi next time nak cuba laksam atau laksa lemak. Nasi lemak tuh kawan saya cakap nasi dia lembut tak keras dan sambal pun ok boleh tahan sedap jugak.

Jadi, Kalau korang datang area machang dan cari tempat nak hangout sambil makan cendol boleh datang dekat Kedai Cendol Tok Janggut nih. Untuk Lokasi, korang just waze  "Cendol Tok Janggut Machang" confirm akan jumpa kedai dia. 

Waktu Operasi : 12 Tengahari - 6 Petang (Sabtu hingga Khamis) *Jumaat Tutup

Terbaru Lebih lama