Dipenuhi dengan barangan Antik, Cafe Karat England jadi tumpuan ramai! | Tak sangka pulak dekat Bandar Tanah Merah ada satu cafe yang cukup menarik untuk dikunjungi. Cafe yang penuh dengan barangan antik menjadi tarikan para pelanggan menikmati makanan sambil melihat sendiri dekorasi yang sangat klasik.

Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan

Masuk jer dalam cafe ini memang tak menang tangan nak ambil gambar sebab setiap sudut penuh dengan barangan antik macam jam, radio, mesin jahit, basikal lama dan banyak lagi. Rasa macam duduk dalam muzium.

Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan
Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan
Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan
Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan
Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan
Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan

Ada banyak barang antik yang korang boleh tengok dekat sini. Seating area pun menarik juga bagi saya sebab dorang guna pintu dan untuk kaki meja pulak dorang guna tempat letak mesin jahit zaman zaman dulu.

Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan
Karat England Cafe Tanah Merah Kelantan

Dekorasi dan suasana cafe pun korang dah tengok. Jadi, sekarang ini saya nak kongsikan mengenai menu yang ada di Karat England Cafe. Kalau korang nak tahu apa yang korang boleh makan dekat sini. Boleh tengok menu dekat bawah.


Senarai makanan dan minuman di Karat England Cafe Tanah Merah ( Menu di Karat England Cafe Tanah Merah)


Karat England Cafe Tanah Merah - Menu
Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah

Kalau prefer makanan western, Karat England Cafe adalah tempat yang korang boleh datang makan sebab ada beberapa pilihan contohnya chicken chop, lamb chop, meatball, burger dan lasagna. Kalau nak makanan tambahan lain korang boleh order boiled eggs, roti bakar, roti kelate dan lain lain. Makanan ringan macam fries, nugget dan mushroom soup pun ada.

Apa yang saya makan di Karat England Cafe?

Bila tengok menu tak tahu nak makan apa jadi saya decide untuk makan yang ringan ringan so that boleh order lebih sikit untuk ambil gambar hehe. Ada tiga makanan yang saya order, Meatball in Creamy Sauce, KEC Roti Bakar dan juga Mushroom Soup. Satu lagi minuman saya order Apple.

Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah
Karat England Cafe Tanah Merah

Roti bakar obviously memang roti bakar la kan. tak ada apa yang special sangat tapi Meatball in Creamy Soup tuh sedap. Siap makan roti bakar cicah dengan cream soup dia lagi sebab sedap hehe. Mushroom soup pun sedap jugak tapi creamy soup  tuh lagi sedap. Lepas tuh air Apple tuh pun berbaloi order sebab saiz cup dia besar!

Jadi, kalau korang nak makan dekat tempat yang cantik dan unik bolehlah datang ke Karat England Cafe Tanah Merah. Saya siap pacak tripod lagi ambil gambar dekat sini sebab deko dia cantik. 

Alamat : Belakang Roti Canai Cikgu, Taman Desa Baraqah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi : 1130 Pagi hingga 1030 Malam (Isnin Tutup) *isnin tutup
No. Telefon : 013-9226691

Post a Comment

Previous Post Next Post