8 Filem Malaysia yang wajib korang tonton di Netflix

8 Filem Malaysia yang wajib korang tonton di Netflix  | Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan beberapa filem Malaysia yang ada di Netflix. Selepas melanggan sendiri Netflix di Smartphone dengan harga RM17 sebulan baru saya tahu rupa rupanya ada beberapa filem Malaysia yang boleh kita tengok di Netflix.

Filem Malaysia yang menarik di Netflix
Filem Filem Malaysia di Netflix

Saya rasa filem yang saya senaraikan ini kebanyakannya pernah ditonton oleh korang semua tapi untuk korang belum pernah tengok lagi bolehlah tonton semua filem yang saya kongsikan ini.

1. Interchange

Scene dari Filem Interchange
Sedutan dari Filem Interchange

Scene dari Filem Interchange
Sedutan dari Filem Interchange

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adam, seorang jurugambar forensik bersama Detektif Man menyiasat tentang beberapa pembunuhan ngeri. Adam juga berkawan dengan Iva, seorang wanita yang berada dalam misi untuk menyelamatkan jiwa orang-orang di dalam puaknya yang telah terperangkap di dalam plat kaca negatif. 

2. J Revolusi 

Scene dari Filem J Revolusi Zul Ariffin
Sedutan dari Filem J Revolusi

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai UTK (Unit Tindakan Khas). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan dengan musuh. Konflik bermula apabila pengganas misteri yang dikenali sebagai Andra menangkap kakak Jay, Dian yang juga seorang ejen. 

3. Polis Evo  

Scene dari Filem Polis Evo
Sedutan dari Filem Polis Evo

Filem ini mengisahkan tentang dua orang polis yang mempunyai personaliti berbeza iaitu Sani dan Khai yang bekerjasama untuk menumpaskan sindiket pengedaran dadah

4. Hantu Kak Limah 

Scene dari Filem Hantu Kak Limah
Sedutan dari Filem Hantu Kak Limah

Kak Limah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari peristiwa itu, hantu kak limah telah dilihat di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk kampung tak senang duduk.

5. Paskal 

Scene dari Filem Paskal
Sedutan dari Filem Paskal

Filem ini mengikuti kisah Leftenan Komandan Arman Anwar PASKAL (Pasukan Khas Laut) dan misi pasukannya untuk menyelamatkan kapal tangki, MV Bunga Laurel, yang dirampas oleh Somalian Pirates. 

6.  Fly By Night

Poster filem Fly By Night Bront Palarae
Poster Filem Fly By Night

Mengisahkan tentang 4 (empat) pemandu teksi yang melakukan kegiatan memeras ugut penumpang kaya yang diambil dari lapangan terbang. Dua dari mereka adalah  Tai Lo dan Sai Lo yang melakukan jenayah ini untuk membayar hutang.

7. Sangkar  

Scene dari Filem Sangkar
Sedutan dari Filem Sangkar

Scene dari Filem Sangkar
Sedutan dari Filem Sangkar
Tentang Adam seorang Atlet MMA yang ingin menebus kesalahannya terhadap Johan yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan sekeluarga.

8. Munafik 2

Poster Munafik 2 lakonan Shamsul Yusof dan Maya Karin
Poster Filem Munafik 2

Filem ini berkisarkan tentang Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Ustaz Adam perlu menyelamatkan seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil kerana dirasuk oleh roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki tersebut.

Ini adalah antara filem Malaysia yang korang perlu tengok bila dah langgan Netflix nanti. Selain filem filem yang saya senaraikan dekat atas ini, ada beberapa lagi filem Malaysia yang korang boleh tonton di Netflix. Antaranya adalah :

  • Pulang
  • Rise Ini Kalilah
  • One Two Jaga
  • Polis Evo 2
  • Istanbul Aku Datang
  • Rempit 3
  • KL Zombie
  • Highland Tower
  • BoboiBoy The Movie dan lain lain

Banyak jugaklah filem Malaysia yang ada dekat Netflix ini. Insyaallah untuk artikel akan datang, saya akan share tentang drama bersiri yang menarik untuk ditonton di Netflix pulak. Apa pun, Terima kasih kepada korang semua sebab sudi singgah dan support luqmanzakaria.com. Jumpa lagi dalam artikel seterusnya.
Terbaru Lebih lama