realme Buds Air hanya RM299 | Murah tapi banyak kelebihan

Pada 14 Januari yang lepas, realme Malaysia melancarkan TWS (True Wireless Stereo) pertama mereka yang dikenali dengan nama realme Buds Air. TWS keluaran realme menjadi perhatian ramai pengguna smartphone di Malaysia kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu RM299 tetapi sekiranya korang yang betul betul berminat dengan realme Buds Air ini, korang boleh dapatkannya dengan harga serendah RM199 sahaja di laman sesawang shopee pada 21 Januari 2020 ( Harga promosi ini  Satu hari sahaja).


Kenapa anda perlu dapatkan realme Buds Air?

Sebelum mendapatkan sesuatu gajet atau pun aksesori smartphone kita perlu kaji dan lihat dahulu produk tersebut dengan teliti sebelum membuat pembelian. Jadi, untuk membantu korang semua, saya akan kongsikan beberapa kelebihan yang ada pada realme Buds Air ini.


Wireless Charging

realme Buds Air mempunyai sokongan QI wireless charging dinama korang boleh mengecas earbuds & casingnya tanpa menggunakan wayar. Tidak menjadi masalah sekiranya korang tidak mempunyai wireless charger kerana realme Buds Air juga menyokong pengecasan melalui kabel type C. 



Real Wireless Tech Super Low Latency

"low latency" adalah antara yang menjadi perhatian ramai terutama sekali mereka yang suka bermain game. Salah satu kelemahan bermain game menggunakan TWS adalah visual dan bunyi yang tidak selari tetapi dengan realme Buds Air korang akan berpuas hati apabila menggunakannya kerana ia telah dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi. Kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala dengan mod permainan adalah 119.3ms.

Open-up Auto Connection Google Fast Pair

Menariknya tentang fungsi ini adalah korang tidak perlu "connect" realme Buds Air setiap kali ingin menggunakannya. Cukup hanya pada kali pertama sahaja. Untuk menggunakannya buat kali kedua dan seterusnya korang hanya perlu buka penutup casing dan realme Buds Air akan "connect" dengan smart phone korang secara automatik. Hebat kan? Ini kerana mereka menggunakan teknologi Google Fast Pair yang boleh mengesan lokasi smartphone dan aksesori bluetooth yang berdekatan supaya keduanya dapat disambungkan dengan cepat dan mudah.

Wear Detection

Korang pastinya akan "impress" dengan realme Buds Air ini kerana ia mempunyai akses kawalan pintar (Smart Assistant) yang mengagumkan. 

Double-tap: Answer a call; play/pause music playback.

Triple-tap: Skip to next song.

Press and hold one side: Launch voice assistant (google assistant/siri); end/decline a call

Press and hold both sides: Enter/exit Gaming Mode.

Dual Mic Noise Cancellation 

realme juga dilengkapi dengan dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang dapat mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang.

Ini bermaksud kalau korang membuat panggilan contohnya, suara korang akan tetap jelas walaupun berada dekat tempat yang agak bising. 


Berikut adalah antara kelebihan yang ada pada Realme Buds Air. Untuk pengetahuan korang juga, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam dan ianya didatangkan dengan warna putih, kuning dan hitam.

realme 5i - Quad Camera Battery Hero

Pada hari yang sama juga, realme melancarkan satu lagi telefon pintar yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri iaitu realme 5i. 

Model ini didatangkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm yang beroperasi kelajuan jam 2.0GHz bersama sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan & generasi Qualcomm AI Engine ke 3. ia juga lengkap dengan bateri sebesar 5000mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.


realme 5i dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan 3 kali perlindungan untuk menjamin keselematan bateri.  Bagi kamera pula, ia tersedia dengan Quad Kamera Ultra Wide 119° lensa sudut lebar (8MP), kamera Utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa Ultra Micro (2MP). untuk pengetahuan korang, kamera utama realme 5i menyokong kesan EIS yang lebih baik supaya video yang diambil lebih stabil semasa bergerak.

realme 5i didatangkan dengan dua warna yang sangat cantik iaitu Aqua Blue dan Forest Green. realme 5i juga mempunyai reka bentuk matahari dengan kesan biji biji dibahagian belakang smartphone yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima paksi yang cukup unik dan menarik. Bagi korang yang berminat dengan realme 5i, korang boleh dapatkannya bermula 18 Januari 2020 secara offline dan pada 28 Januari 2020 secara online di laman sesawang lazada dengan harga RM599 Sahaja!


Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan produk keluaran realme Malaysia, korang boleh ke www.facebook.com/realmeMalaysia atau instagram mereka di @realmemalaysia. Korang juga boleh layari www.realme.com/my/ untuk info terkini.
Terbaru Lebih lama