Jom makan Fortune Burger di Marrybrown sempena Tahun Baru Cina 2020

Jom makan Marrybrown Fortune Burger sempena Tahun Baru Cina 2020 | Semalam saya dan kawan kawan ke IOI Puchong untuk mencuba menu baru yang cukup menarik dari Marrybrown iaitu Fortune Burger. Mungkin ramai yang belum tahu mengenai Fortune Burger kan? Jadi, kalau nak tahu apa yang menarik tentang burger ini korang kenalah baca sampai habis.


Menariknya tentang Fortune Burger ini, ia didatangkan dengan dua sos yang berbeza iaitu sos cheese dan sos black pepper. Dengan adanya dua pilihan sos, pelanggan dapat menikmati Fortune Burger mengikut citarasa masing masing. 



Fortune Burger bersama Sos Cheese

Bagi penggemar cheese, Fortune Burger bersama sos cheese adalah pilihan yang tepat untuk korang kerana kandungan cheese yang ada dalam burger ini boleh dikatakan agak banyak. Daging ayam yang didatangkan dengan burger ini juga sedap dan juicy. Salad segar juga diletakkan bersama untuk menyempurnakan lagi hidangan ini. 


Fortune Burger bersama sos Black Pepper

Bukan penggemar cheese? Jangan risau sebab korang boleh makan Fortune Burger bersama sos black pepper. Burger ini didatangkan dengan cendawan butang, bawang dan sos lada hitam dan diapit dengan roti bijan yang sangat lembut dan menyelerakan.


Untuk pengetahuan korang, Set hidangan Fortune Burger didatangkan bersama Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM14.60 sahaja. 


Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri Fortune Burger dimana mana cawangan Marrybrown yang berdekatan dengan korang sekarang juga sebab Fortune Burger ini didatangkan khas sempena Tahun Baru Cina sahaja tau. Jadi, sementara masih ada ini ajaklah family dan kawan kawan makan pergi makan burger yang sedap ini. 


Untuk maklumat lanjut promosi yang dijalankan oleh Marrybrown korang boleh layari laman sesawang mereka di www.marrybrown.com dan jangan lupa untuk follow mereka di instagram (www.instagram.com/marrybrownmy) dan facebook (www.facebook.com/MarrybrownMalaysia)  untuk info yang menarik.
Terbaru Lebih lama