Hashtag KBTKK - Ke Bukit Tinggi Ke Kita? PART 2

Yeahhh! Sambungan Telenovela Bukit Tinggi sudah kembali.

Inilah hasil dia kalau rajin sangat buat cerita yang ada Part 1, Part 2 nih. Makan zaman nak habeskan semua. Dah la aku nih berada dalam kategori blogger magic. sekejap ada sekejap tak ada. Entry Ke Bukit Tinggi Ke Kita (KBTKK) Part 1 aku update on May 19 dan sekarang nih June 26. Perghh lama giler kan nak tunggu entry Part 2. Dah macam pembikinan drama bersiri Akasia pulak.

Pada yang belum tahu apa yang berlaku sebelum nih meh aku buat summary sikit. Last entry kitorang pergi ke Colmar Village. tengok tengok bangunan ala ala France tuh. Selfie sikit sikit lepas tuh balik. Aku ingatkan lepas balik dari Colmar Village, kitorang boleh masuk bilik and Kroohh kroohh..Rupa rupanya ade aktiviti lain pulak.




Kitorang nih bukannya pro sangat maen bowling. Sekadar untuk suka suka. Tapi yang penting aku menang.hahahahaha.

Lepas penat maen bowling, kitorang dah boleh balik bilik, tapi ada juga yang decide nak pergi swimming dulu. Kalau aku nih memang taklah. Berenang pon tak pandai buat apa nak lepak sana jugak. Takkan nak buat aksi belai belai air sambil rendam kaki je kan. so better masuk bilik baring baring layan tv sebelum dinner.




Bilik nih share 3 orang. Sorang terpaksa tidur kat Extra bed. Lepas rehat rehat kat bilik. Kitorang semua siap siap pergi dinner dekat "The Restaurant". Dinner on that day kitorang punyer own expenses, so boleh decide sendirilah nak makan apa kan.




Lepas makan, kitorang ada karaoke session pulak tapi sayang sebab tade langsung gambar masa karok tuh.Handphone buat hal. boleh pulak die nak rosak time time macam nih kan. so aku tak dapat nak share gambar time karok.Dengan member lain ada la tapi malas nak mintak.haha.Disebabkan gambar time karok tade lemme continue dengan sarapan pagi keesokan harinya hokeh. Untuk sarapan pagi semuanya ditanggung beres.





Trip ke bukit tinggi selama 2hari 1malam nih boleh tahan jugak. Ye la kalau nak plan sendiri memang tak tahu bila boleh kuar sesama. maklumlah kalau kerja shift macam kitorang tak boleh nak plan sangat. nanti last last hampeh. So overall it was a fun trip and hopefully there will be another trip yang macam nih in future. Dengan ini maka berakhirlah entry KBTKK. finally.haha.

Hashtag KBTKK - Ke Bukit Tinggi Ke Kita? PART 2 Hashtag KBTKK - Ke Bukit Tinggi Ke Kita? PART 2 Reviewed by Luqman Zakaria on 6/26/2014 06:13:00 pm Rating: 5

No comments: