Telefilem Dania

Telefilem bertajuk Dania lakonan hebat Puteri Balqis, Aedy Ashraf dan Fezrul Khan akan ditayangkan di TV3 pada hari ahad 23 Oktober 2022 jam 9:00 malam. Selain mereka bertiga, Telefilem Dania yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini turut dibintangi oleh Aida Aris, Nafiez Zaidi dan ramai lagi. 

Jom Tonton Telefilem Dania

Telefilem Dania

Sinopsis Telefilem Dania

Telefilem Dania mengisahkan tentang perjuangan seorang remaja bernama Dania yang mengalami kemurungan selepas kejadian buruk menimpanya. 

Dania adalah seorang remaja yang suka menyendiri dan rakan sekelasnya juga sentiasa menjauhi Dania sehinggalah dia mengenali seniornya yang bernama Sarimah. Selepas mengenali Sarimah, Dania dikenalkan kepada seorang guru bernama Cikgu Bahar untuk kelas tuisyen percuma tetapi malangnya Cikgu Bahar mengambil kesempatan dan merogol Dania. 

Banyak dugaan yang dihadapi Dania selepas kejadian tersebut. Bagaimanakah caranya untuk membela nasibnya selepas kejadian itu? Korang wajib tonton telefilem ini pada hari ahad akan datang!

Informasi Ringkas Tentang Telefilem Dania

Tajuk Telefilem : Dania 
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : 23 Oktober 2022
Waktu Tayangan : Hari Ahad, 9:00 Malam
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Aedy Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi, Qistina Khaled dan ramai lagi

Terbaru Lebih lama