Tonton Episod Penuh Drama Tak Sempurna Mencintaimu di TV3 & WeTV

Tonton Episod Penuh Drama Tak Sempurna Mencintaimu di TV3 & WeTV | Sebelum ini Slot Akasi di TV3 menyajikan korang dengan drama Pujaan Hati Kanda yang pernah ditayangkan dulu dulu dan sekarang Slot Akasia diambil alih oleh Drama terbaru Tak Sempurna Mencintaimu. Drama 28 episod ini dibintangi oleh Redza Rosli, Intan Najuwa dan beberapa lagi pelakon lain. 

Drama Tak Sempurna Mencintaimu bermula apabila Siratul (Intan Najuwa) dan Mustaqim (Redza Rosli) bertemu selepas adik Siratul melanggar motor kesayangan Mustaqim. Pertemuan mereka berdua membuatkan keadaan menjadi tegang namun lama kelamaan timbul perasaan cinta di antara mereka. Kisah cinta dan kehidupan mereka tidak berakhir disini kerana banyak dugaan yang perlu ditempuh.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, kenalah tengok drama Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV3 atau korang boleh tonton di aplikasi WeTV.

Drama : Tak Sempurna Mencintaimu
Tarikh Tayangan : Bermula 29 Mac 2021 
Waktu Tayangan : Isnin hingga Ahad 7 Malam 
Pengarah : Emi Suffian 
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Lakonan : Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Rita Nadira, Aniq Suhair, Scha Elinnea, Shah Khan dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama