Masjid Aminul Fa'izin Yang Cantik Di Padang Kala Melor Kelantan

Masjid Aminul Faizin Yang Cantik Di Padang Kala Melor Kelantan | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang sebuah masjid yang akan menjadi perhatian ramai selepas ianya siap dibina nanti. Masjid yang aku maksudkan adalah Masjid Aminul Fa'izin yang terletak di Padang Kala Melor Kelantan.  

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Menurut informasi yang dikongsikan oleh pengguna facebook di page Info Banjir Negeri Kelantan, Beliau menyatakan bahawa masjid Aminul Fa'izin dibina oleh pemilik syarikat pelancongan Andalusia yang menelan belanja hampir RM6 Juta. Katanya juga, rekabentuk masjid ini diinspirasikan oleh masjid Sheikh Zayed yang berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. 

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Sewaktu aku singgah di masjid ini ianya masih dalam pembinaan. Banyak lagi yang perlu dibuat untuk memastikan ianya dapat digunakan oleh penduduk setempat dan mereka yang datang berkunjung. Tak sabar rasanya nak tengok keadaan masjid selepas ianya siap dibina. 

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Masjid Aminul Faizin Padang Kala Melor Kelantan

Kalau kita tengok details pada masjid Aminul Fa'izin ini memang nampak mirip dengan masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi tuh kan. Walau pun tak dapat nak pergi Abu Dhabi takpe boleh jer datang ke Melor dan singgah di Masjid Aminul Fa'izin hehe. Aku rasa bila dah siap nanti mesti ramai yang akan datang untuk tengok sendiri salah satu masjid yang cantik di Melor Kelantan ini.

Masjid Aminul Fa'izin Padang Kala Melor

Alamat : Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, 16400, Kota Bharu, Kelantan
Terbaru Lebih lama