Buffet Ramadhan bawah RM100 di Grand Riverview Hotel Kota Bharu

Buffet Ramadhan bawah RM100 di Grand Riverview Hotel Kota Bharu | Sekiranya korang sedang mencari tempat berbuka puasa di Kota Bharu Kelantan dengan harga dibawah RM100, Grand Riverview Hotel adalah salah satu lokasi berbuka puasa yang boleh dikunjungi pada tahun ini.  

Gambar orang tengah makan di buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

Sama seperti tahun sebelum ini Grand Riverview memilih untuk mengadakan buffet ramadhan di Restoren D'Brasserie yang berada di lobi hotelRestoren ini mempunyai keluasan yang agak besar, selesa dan mampu menampung ramai orang pada satu satu masa. Buffet ramadhan kali ini dinamakan sebagai Iftar Ramadhan 2023 yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk dicuba oleh meraka yang datang berbuka puasa disini. 

Pengalaman berbuka Puasa di Grand Riverview Hotel Kota Bharu 

Apa yang menarik dekat sini? Untuk pengetahuan korang, menu berbuka puasa di Grand Riverview Hotel Kota Bharu sangat banyak dan salah satu hidangan yang wajib dicuba adalah Nasi Beriani yang dihidangkan bersama Gulai Kawah. Selain itu, korang wajib cuba signature dish mereka iaitu Kambing Golek yang boleh dimakan bersama sos black pepper.

Gambar gulai kawah di Buffet ramadhan 2023 Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

Gambar nasi beriani di buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

gambar kambing golek di buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

Tak nak makan nasi gulai kawah? Jangan risau sebab dorang sediakan banyak lagi lauk pauk sampai rambang mata nak pilih. Antara lauk pauk lain yang korang boleh cuba dekat sini adalah Ayam Masak Bali, Daging Rendang Pedas Perak, Paru Goreng Sambal Jawa, Udang Galah Masak Lemak dan banyak lagi.

Ayam masak Bali di Buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

lauk pauk di Buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

Paru goreng sambal jawa di Buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

Udang masak Lemak di buffet ramadhan grand riverview kota bharu kelantan

Menikmati nasi bersama lauk pauk yang sedap macam ini tak lengkap rasanya kalau tak makan bersama kerabu, sambal dan ulam ulaman. betul tak? Kalau korang datang berbuka puasa di Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan, mereka menyediakan beberapa jenis sambal, kerabu dan ulam ulaman untuk dinikmati bersama lauk pauk yang ada. 

Ulam ulaman di buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan

Bagi korang yang nak cuba makanan lain selain nasi jangan risau sebab dekat sini dorang ada sediakan stesen/gerai mi. Korang juga boleh mencuba beberapa jenis aneka sup dan colek yang berada di bahagian luar restoren. Selain itu, korang juga boleh menikmati makanan laut yang dimasak secara live. Memang sangat menyelerakan.


Macam mana pulak dengan pencuci mulut? Buffet ramadhan 2023 di Grand Riverview menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut yang menyelerakan untuk korang. Ada beberapa bermacam macam jenis kek dan kuih muih tradisional yang boleh dinikmati contohnya akok, kuih bingka, lompat tikam, kuih talam, tepung pelita, seri muka dan macam macam lagi.

Pencuci Mulut di Buffet ramadhan Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan


Mesti korang dah tak sabar nak berbuka puasa dekat Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan bila tengok semua makanan yang aku kongsikan dekat atas ini kan tapi macam mana pula dengan harga? Bawah RM100? ya betul tapi berapa? Jom aku kongsikan dekat bawah.

Harga Buffet Ramadhan 2023 di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Harga yang dikenakan untuk buffet ramadhan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan adalah RM89nett (Dewasa) dan RM69nett (Warga Emas), RM59 (Kanak Kanak). Ianya akan diadakan bermula 25 Mac 2023 sehingga 21 April 2023

Promosi lain yang boleh didapati sempena bulan ramadhan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan adalah pakej berbuka puasa secara hidang, promosi penginapan dan pakej berbuka puasa di dewan banquet.

1. Pakej Berbuka Puasa Secara Hidang
Grand Riverview Hotel menawarkan pakej pilihan juadah berbuka puasa secara hidang yang dikenali dengan nama Chinese Dome Set yang berharga serendah RM680 semeja. 

2.  Promosi Penginapa
Grand Riverview Hotel menawarkan promosi penginapan pada harga RM158 satu bilik untuk satu malam (bilik sahaja) dan RM178 satu bilik untuk satu malam (termasuk sahur atau sarapan pagi). Dengan promosi ini korang juga layak mendapatkan 20% diskaun untuk buffet ramadhan. Promosi ini bermula 23 Mac 2023 sehingga 20 April 2023.
 
3.  Pakej Berbuka Puasa Di Dewan Banquet
Grand Riverview Hotel juga menyediakan pakej berbuka puasa di Dewan Banquet dengan kapasiti dewan Grand Ballroom di tingkat 1 yang boleh memuatkan sehingga 1000 orang pada satu masa dengan harga harga RM680 dan RM780 sahaja. 

 Sekiranya korang berminat untuk berbuka puasa di Grand Riverview Hotel Kota Bharu Kelantan boleh hubungi nombor  dan email yang aku kongsikan dekat bawah.

  • Hubungi +609 743 9988 atau +6011 2606 8388 untuk booking iftar/berbuka puasa
  • resv@grv.com.my
Terbaru Lebih lama