Bercuti selama seminggu memang syok tapi perasaan malas untuk mulakan balik kerja yang dah lama aku tinggalkan tetap menular dalam darah serta organ organ dalam badan aku nih..hehe.. Luckily dapat bertolak balik ke KL semalam, kalau gerak pagi nih memang aku MC la besok.muahaha.

Dah lama giler tak balik hometown..dapat cuti seminggu pon still tak puas. lagi pon balik kampung bukan makan tido jer..ade aktiviti yang perlu aku buat memandangkan hari perkahwinan kakak aku dah makin hampir..salah satu aktivitinya adalah mengecat rumah..ingatkan susah tapi rupanya kacang jer aktiviti cat mengecat nih..semua orang boleh.



kitorang amek masa 3  4 hari jugaklah untuk siapkan satu rumah.. *ada bahagian2 tertentu yg belum siap.hehe.tapi yang penting, hasilnya memuaskan..cat jer sendiri, kalau nak upah orang memang tak berbaloi..serious memang penat tapi seronok. 


ini adalah salah satu aktiviti aku time cuti.. snap snap snap. walaupon hasil gambar nih kurang memuaskan sebab labah labah tuh tak clear..sebab lens kot *puiii...salahkan lens pulak kan. kakak aku punyer wedding day akan berlangsung pada bulan march nanti, aku harap everything akan berjalan dengan lancar.



Dah lama tak update, rasa macam janggal pulak dengan keyboard nih..apa apa pon, salam ahad dan selamat bercuti..kepada followers baru.. thanks  yer sebab sudi follow blog arepnakbebel.com..happy blogging semua.

Post a Comment

Previous Post Next Post