Apa yang menarik di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak? - Blog Luqman Zakaria

Apa yang menarik di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak?

Share This
Apa yang menarik di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak? | Berkunjung ke Movie Animation Park Studios yang juga dikenali sebagai MAPS baru baru ini memberikan pengalaman yang cukup menarik buat aku dan rakan rakan  kerana mereka menawarkan pelbagai aktiviti aktiviti menarik yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. 


Movie Animation Park Studios (MAPS) dibahagikan kepada enam zon iaitu Animation Square, Blast Off Zone, Fantasy Forest Zone, Lakeside ZoneLive Action Zone dan Trick O' Thrill Zone. Keenam enam zon ini mempunyai tarikan mereka yang tersendiri. Jom kita tengok aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung taman tema ini.


Animation Square

Animation Square merupakan lokasi dan zon pertama yang korang akan jejaki sebaik sahaja melangkah masuk ke MAPS. Disini korang akan dapat melihat bangunan bangunan yang sangat cantik dengan warna warna yang cukup menyerlah. Bukan itu sahaja, Animation Square juga adalah tempat "character appearance" dimana watak watak animasi kegemaran seperti Boboiboy, Mr. Peabody & Sherman dan The Smurfs akan muncul. Jadi, bolehlah guna peluang ini untuk bergambar dengan mereka. Tarikan lain yang ada di Animation Square adalah Boboiboy Hero Academy dan Boboiboy 4D Adventure Theatre.

Boboiboy 4D Adventure Theatre
Animation Square

Blast Off Zone

Zon yang kedua adalah Blast Off Zone dimana ianya sesuai untuk penggemar animasi The Smurf. Kenapa? Disinilah terletaknya The Smurfs Theatre, The Smurfs Clubhouse "Meet and Greet" dan The Smurfs Partyland. Aku sempat menonton persembahan animasi The Smurfs dan pada pendapat aku, ianya sangat sesuai untuk kanak kanak kerana mereka dapat berinteraksi dengan papa smurfs. Pengunjung juga dapat berjumpa dengan watak animasi The Smurfs di Zon ini. Jadi Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan mereka. Oh yer, sekiranya korang berada di zon ini, jangan lupa untuk mencuba The Adventures Bumper Blast yang sangat menyeronokkan. 

Blast Off Zone
The Adventures Bumper Blast

 Fantasy Forest Zone

Seterusnya adalah Fantasy Forest Zone yang mempunyai 6 tarikan berbeza dalam satu kawasan which is paling banyak berbanding zon yang lain. Di Zon ini terdapat Zugo's Crystal Quest, Upside Down Pyramid, The Adventurers HQ Tree House, Red Baron, Fantasy Carousel, Coral Kingdom, Coliseum Water Play dan Cave Of Wonders. Fantasy Forest Zone juga adalah antara zon yang paling cantik untuk bergambar kerana terdapat banyak dekorasi yang cantik terutama sekali di Upside Down Pyramid.

Fantasy Forest Zone
 The Adventurers HQ Tree House
Antara tarikan di Fantasy Forest Zone

Lakeside Zone

Sekarang aku nak kongsikan zon yang lebih mencabar iaitu Lakeside Zone dimana korang yang menggemari aktiviti ekstrem boleh mencuba Space X-plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Aku sempat menaiki Space X-plorers bersama rakan rakan dan ianya sangat mendebarkan tetapi pada masa yang sama menyeronokkan.

Space X-Plorers. Credit Photo to Rafzantomomi.com
Asteroid Attack
Hyperspin. Credit Photo to Rafzantomomi.com

Live Action Zone

Di zon ini korang berpeluang untuk menonton aksi lagak ngeri motosikal dan kereta secara "live". Pelbagai aksi seperti high speed chases, high risks stunts dan high octane drifts dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir. Ini adalah salah satu tarikan yang sangat menarik untuk ditonton. Semua seat penuh dengan penonton.

Stunt Legends Arena

Trick O' Thrill Zone

Zon yang terakhir adalah Trick O' Thrill yang masih lagi baru dibuka kepada umum. Di zon ini terdapat beberapa tarikan dan salah satunya adalah Drop Tower (bukan nama asal). Drop Tower juga merupakan salah satu tarikan yang agak ekstrem menurut aku. Jadi, sekiranya korang adalah penggemar aktiviti yang mencabar seperti ini, MAPS adalah taman tema yang wajib dikunjungi.

Drop Tower (Bukan nama sebenar)

7 Tempat makan yang menarik di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak

Seharian berada di MAPS semestinya akan membuatkan kita lapar kan. Jangan risau kerana MAPS menyediakan beberapa tempat makan yang cukup best untuk dikunjungi dan antaranya adalah Tok Aba Kokotiam, Pitstop Cafe, Starship Restaurant Indoor and Outdoor, Starport, La Cremeria Cafe, Coral Kingdom dan Monkey Business Candy.

Monkey Business Toys and Candy Shop
Starship Restaurant Indoor and Outdoor
Coral Kingdom
Waktu Operasi untuk semua restoren dan cafe 
10 Pagi - 0530 Petang / Weekdays
10 Pagi - 0930 Malam / Weekends / Public Holidays and School Holidays

Macam mana korang? Menarik tak Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak? Pada aku, memang sangat berbaloi untuk datang dan explore semua aktiviti aktiviti yang ada. Sekiranya korang berminat untuk datang kesini bersama keluarga dan rakan rakan, boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan dibawah ini untuk memudahkan urusan.

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak
Persiaran Meru Raya 3,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak

Harga Tiket Maps Ipoh 2018
Dewasa RM72
Kanak Kanak RM63
Warga Emas RM63
*Tiket boleh dibeli secara online [ticketing.mapsperak.com] atau di kaunter 

Waktu Operasi
1000 Pagi - 0600 Petang
Setiap hari Isnin - Jumaat *kecuali Rabu

1000 Pagi - 1000 Malam
Setiap hari Sabtu dan Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Facebook | Instagram | Twitter | Website

3 ulasan:

  1. Banyak juga yang menarik dalam MAPS ini..

    BalasPadam
  2. dalam list untuk diterjah. dekat tapi kemalasan dn xdak geng tu bantut plan..

    BalasPadam
  3. Banyak tempat wmenarik. Kalau bawak anak ni confirm xnak balik

    BalasPadam

Pages