Filem Budak Flat

Filem Budak Flat | Salah satu filem baru yang akan menemui penonton pada bulan November 2023 adalah filem yang berjudul Budak Flat  ! Filem Budak Flat  merupakan filem untuk Amazon Original Prime Video. Selain filem ini, korang juga boleh menonton filem dan drama melayu lain di Prime Video seperti Tebus dan That Cover Girl. 

Jom Tonton Filem Budak Flat   

Filem Budak Flat yang diarahkan oleh Eugene Lim, Woo Ming dan Faizal Ishak ini akan ditayangkan di Prime Video  bermula pada 16 November 2023 akan datang. Budak Flat adalah filem aksi terbitan Skop Production.

Poster Filem Budak Flat

Filem Budak Flat dibintangi oleh Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Aaron Aziz, Joyce Harn, Yung Raja, Balan Kash, Syarnie, Deen Maidin, Azri Sabri dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Budak Flat   

Tajuk Filem : Budak Flat  
Saluran : Prime Video
Tarikh Tayangan : Bermula 16 November 2023
Waktu Tayangan : -
Pengarah : Eugene Lim, Woo Ming dan Faizal Ishak
Terbitan : Skop Production
Pelakon : Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Aaron Aziz, Joyce Harn, Yung Raja, Balan Kash, Syarnie, Deen Maidin, Azri Sabri dan ramai lagi

Sinopsis Filem Budak Flat 

Filem Budak Flat mengisahkan tentang Riz, seorang pengedar dadah dan Aman, bekas pencuri yang merupakan adik beradik terpaksa melawan sesama sendiri kerana desakan keadaan dan keadaan menjadi lebih parah apabila Aman dituduh membunuh ahli kumpulan Riz. 

Aman perlu mencari pelaku sebenar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingininya berlaku. pada masa yang sama penduduk flat secara tidak sengaja terlibat dalam perang kumpulan di bangunan tersebut.
Terbaru Lebih lama