Sebagai Alternatif, Rakyat Malaysia Boleh Gunakan Aplikasi Misi Untuk Order Makanan Online

Sebagai Alternatif, Rakyat Malaysia Boleh Gunakan Aplikasi Misi Untuk Order Makanan Online | Membeli makanan secara online merupakan salah satu trend yang digemari ramai kerana ianya sangat mudah digunakan dan menjimatkan masa. Pengguna juga tidak perlu keluar dari rumah atau tempat kerja untuk membeli makanan. 

Antara aplikasi penghantaran makanan yang popular di Malaysia adalah Foodpanda, Grabfood dan sebagainya tetapi tahukah korang terdapat satu aplikasi penghantaran makanan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia iaitu Misi. 

Tentang Aplikasi Misi

Untuk pengetahuan korang, aplikasi Misi dibangunkan oleh rakyat Malaysia yang dikenali dengan nama Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Korang boleh gunakan aplikasi Misi untuk membeli makanan secara online sebagai alternatif bagi menggantikan aplikasi lain yang pernah korang gunakan sebelum ini kerana menurut mereka, harga makanan yang dijual di aplikasi Misi lebih berpatutan. 

Aplikasi Menghantar Makanan Online Di Malaysia

Apa yang dimaksudkan dengan berpatutan? 

Menurut apa yang dikongsikan di aplikasi Misi, ianya adalah satu satunya foods Delivery yang kekalkan harga kedai. Menarik kan! 

Sebagai pengguna semestinya ia sangat menguntungkan. betul tak? Tapi macam mana pula dengan vendor dan rider yang mengggunakan perkhidmatan Misi? Jom kita tengok apakah kelebihan yang vendor dan rider dapat sekiranya menggunakan aplikasi Misi.

Kelebihan Mendaftar Perniagaan Di Aplikasi Misi

  • Mendapat Keuntungan 100% daripada Jualan
  • Payout pada bila bila masa sahaja
  • Set masa untuk setiap order
  • Refund item terpantas
  • Admin official full support
  • Buka Unlimited Bisnes
  • Lantik staff untuk kedai
  • Kawal Promosi Sendiri
  • Sistem Loyalty Stamp

Kenapa Korang Perlu Mendaftar Sebagai Rider Di Aplikasi Misi?

  • Misi tidak menjana profit daripada vendor, jadi upah yang diterima adalah berdasarkan jarak yang dibayar oleh pelanggan sahaja. 
            • (Motor RM4.99/5KM pertama dan seterusnya 90sen setiap 1KM)
            • Kereta RM8/5KM pertama dan seterusnya RM1.60 setiap 1KM)
  • Anti-Sidai Depan Kedai! Runner akan diberikan masa persiapan order oleh vendor supaya runner  akan datang hanya apabila order hampir siap.
  • Payout yang pantas iaitu dalam masa 24 jam dari saat request dilakukan (kecuali hari bank Offiline contohnya hujung minggu - Sabtu dan Ahad).
  • Anti-Prank Order! Ini kerana pembelian yang dibuat di aplikasi Misi hanya melalui Online Bank atau  E-Wallet.
  • Misi menyediakan Sistem Pasif Income Seumur Hidup untuk Runner membina database pelanggan setiap kali selesai misi. Selepas pelanggan tersebut membeli di aplikasi Misi, Runner akan mendapat 1% dari setiap jualan.
  • Akhir sekali, Runner bebas bekerja mengikut masa sendiri. Samada Fulltime atau Part Time bergantung kepada korang. Kadar profit Runner tidak akan terjejas.
Jadi, sekiranya korang berminat untuk menjadi vendor atau ingin menambah pendapatan menjadi seorang Runner di aplikasi Misi boleh download aplikasi ini di Apple Store atau Google Play di telefon pintar yang korang ada.

Korang boleh dapatkan maklumat yang lebih lengkap di aplikasi tersebut. Aku harap dengan perkongsian ini boleh membantu korang semua untuk mencari dan menambah pendapatan yang sedia ada. Mereka yang ingin beralih arah dari aplikasi yang sebelum ini korang pernah juga boleh cuba Misi. 
Terbaru Lebih lama