Filem Syaitan Munafik

Filem Syaitan Munafik  | Salah satu filem melayu baru yang best dan menarik untuk ditonton di pawagam pada bulan Disember 2023 adalah filem yang berjudul Syaitan Munafik

Jom Tonton Filem Syaitan Munafik  

Filem Syaitan Munafik  yang diarahkan oleh Allahyarham  Majed Salleh ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 21 Disember 2023 akan datang. 

Aku agak pelik bila tengok senarai pelakon filem ini tapi selepas mencari informasi tentang Syaitan Munafik rupa rupanya filem ini sebenarnya sudah lama wujud tetapi menurut Pengarah Urusan United Nine Creative, Datuk Mohd Rosdi Shair filem ini telah di "convert" menjadi wajah baru dan ditayangkan pada tahun ini.

Filem Syaitan Munafik yang berusia 12 tahun ini telah digilap semula dengan sentuhan MP Roslin Md Sharif. Walau pun telah digilap semula ia masih lagi mengekalkan jalan cerita yang sedia ada. sumber
 
Poster Filem Munarik

Filem Syaitan Munafik terbitan United Nine Creative Sdn Bhd dibintangi oleh Siti Khadijah, Allahyarham Ashraf Sinclair, Faizal Hussein, Tessa Mariska Adia, Affie Rania, Bandi Amuk, Reedzwan, Erin CTJ dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Syaitan Munafik

Tajuk Filem : Syaitan Munafik
Saluran : Pawagam
Tarikh Tayangan : Bermula 21 Disember 2023
Waktu Tayangan : -
Pengarah : Allahyarham Majed Salleh
Terbitan : United Nine Creative Sdn Bhd
Pelakon : Siti Khadijah, Allahyarham Ashraf Sinclair,  Faizal Hussein, Tessa Mariska Adia, Affie Rania, Bandi Amuk, Reedzwan, Erin CTJ dan ramai lagi. 

Sinopsis Filem Syaitan Munafik

Filem Syaitan Munafik menceritakan tentang 5 orang pelajar dari Indonesia dan Malaysia yang membuat kajian tentang kewujudan puteri bunian dan alam ghaib. Mereka berhadapan dengan beberapa halangan tetapi masih meneruskannya sehingga mereka sampai ke satu tempat seperti alam ghaib.
Terbaru Lebih lama