Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan September 2023

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan September 2023 |  Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem melayu yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan september 2023. 

Seperti yang korang semua tahu, pada bulan Ogos 2023 kita dihidangkan dengan filem melayu yang menjadi perhatian ramai dan mendapat sambutan yang agak mengalakkan contohnya filem seram bertajuk Rahsia dan juga Malbatt Misi Bakara

Poster filem melayu september 2023

Pada bulan September 2023 terdapat beberapa filem yang akan ditayangkan dan antaranya adalah Walid, Fanna, Mat Kola dan juga Adoiii Jiwaku. Buat masa sekarang hanya ada empat filem sahaja. Sekiranya ada penambahan aku akan masukkan ke dalam list ini juga untuk rujukan semua. 

Senarai Filem Melayu Di Pawagam Bulan September 2023

  • Walid
Walid merupakan filem arahan Areel Abu Bakar yang pernah mengarahkan sebuah filem berjudul Geran. Sama seperti filem Geran, Areel Abu Bakar juga memasukkan elemen aksi yang hebat di dalam filem Walid tetapi ianya berbeza dari segi jalan cerita kerana untuk kali ini, beliau mengenengahkan isu pemerdagangan manusia. 

Poster Filem Walid

Filem Walid dibintangi oleh Megat Sharizal, Putri Qaseh Izwandy, Namron dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan bermula 14 September 2023 akan datang. Buat korang yang berminat untuk menonton trailer filem Walid boleh ke youtube channel Layar Pictures Sdn Berhad. 

  • Mat Kola
Bukan Mat Kilau tapi Mat Kola! Filem arahan Hafiz Nafiah  bergenre Komedi ini dilakonkan oleh Ropie, Usop Mentor, Taiyudin Bakar, Rozita Che Wan dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang tiga orang pemuda yang kecewa dengan hidup masing masing dan cuba untuk mengubah hidup mereka. 

Poster Filem Mat Kola

Filem Mat Kola akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 September 2023. Buat korang yang nak menonton trailer filem Mat Kola boleh ke youtube channel Empirefilm Solutions. 

  • Fanna
Untuk pengetahuan semua, Fanna adalah sebuah filem arahan Andy Weng Sum Liew atau lebih dikenali dengan nama Andy W.S.Liew. Filem bergenre aksi romantik ini mengisahkan tentang seorang wanita yang meminati dunia permotoran jatuh cinta dengan seorang lelaki yang terlibat dalam dunia gangster. 

Poster Filem Fanna

Filem Fanna dibintangi oleh oleh Fify Azmi dan Syafie Naswip sebagai teraju utama dan dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Roy Azman, Aleeza Shadan, Andy Black Tan, Rashid Salleh dan ramai lagi. Filem ini akan menemui korang semua dipawagam bermula 28 September 2023. Trailer filem ini boleh ditonton di youtube channel Metrowealth Pictures.

  • Adoiii Jiwaku
Adoiii Jiwaku adalah sebuah filem yang akan membuatkan rakyat Malaysia bersatu hati. Itu adalah apa yang aku dapat bila tonton trailer filem ini. Adoiii Jiwaku adalah sebuah filem arahan Steve Yap. 

Filem ini mengisahkan tentang Ayish, Malesh dan Sia yang bekerja di hotel yang sama. Mereka bergaduh sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku dimana jasad Ayish dan Sia telah tertukar. kejadian tersebut membuatkan kehidupan mereka berubah. Sia mula belajar budaya melayu dalam tubuh Ayish dan Ayish pula belajar tentang keluarga Sia sewaktu berada didalam badan Sia.

Poster Filem Adoiii Jiwaku

Filem Adoiii Jiwaku dibintangi oleh Steve Yap sendiri, Ali Arami dan juga E.Ramanamohan sebagai teraju utama. Turut membantu memeriahkan lagi filem ini adalah arwah Adibah Noor, Amber Chia, Pablo Amirul dan ramai lagi. Adoiii Jiwaku akan mula ditayangkan bermula 7 September 2023 akan datang. Untuk menonton trailer filem ini korang boleh ke youtube channal mm2 entertainment channel

No. Tajuk Filem Genre Bahasa Tayangan
1
Walid
Action/Drama Melayu  14 September 2023
2 Mat Kola Comedy Melayu 7 September 2023
3 Fanna Action/Romantic Melayu 28 September 2023
4
Adoii Jiwaku
Drama Melayu7 September 2023
*Tarikh Tayangan adalah tidak rasmi, ianya berkemungkinan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut tayangan rasmi panggung wayang di Malaysia.

Berikut adalah antara filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2023. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua terutama sekali buat peminat dan penyokong filem melayu kita. 
Terbaru Lebih lama