Drama One Million Dollar Voice (1MDV)

Drama One Million Dollar Voice (1MDV) | Drama Budak Hostel Otaknya Sewel akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan akan digantikan dengan drama terbaru yang berjudul One Million Dollar Voice

Drama One Million Dollar Voice yang diarahkan oleh Michael Ang ini akan mula bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 malam menerusi Slot Megadrama di channel 104 (Astro Ria). 

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama One Million Dollar Voice secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Drama bersiri 24 episod terbitan Juita Viden Sdn Bhd ini dibintangi oleh ramai pelakon senior dan baru dalam industri seperti Emma Maembong, Ben Amir, Amelia Henderson, Roy Azman, Neeta Manisha, Lah Ahmad, Tracie Sinidol dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Drama One Million Dollar Voice (1MDV)

Tajuk Drama : One Million Dollar Voice
Saluran : Astro Ria (Saluran 104)/Astro GO
Tarikh Tayangan : Bermula 28 Ogos 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 10:00 Malam
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Juita Viden Sdn Bhd 
Pelakon : Emma Maembong, Ben Amir, Amelia Henderson, Roy Azman, Neeta Manisha, Lah Ahmad, Tracie Sinidol, Naufal Azrin, Layla Sania, Ezra Kairo, Uriah SK, Zarul Umbrella, Sean Lee, Datin Nina Juren, Bee Aishah dan ramai lagi

Sinopsis Drama One Million Dollar Voice (1MDV)

Ianya mengisahkan tentang "drama" yang berlaku disebalik sebuah pertandingan realiti TV yang diberi nama One Million Dollar Voice. Peserta yang menyertaikan pertandingan nyanyian tersebut mempunyai motif masing masing kenapa mereka perlu memenangi  wang tunai bernilai RM1 Juta. Antaranya : 
  • Ali (Ben Amir) memerlukan wang tersebut untuk melepaskan diri dari genggaman gang lamanya berkahwin dengan gadis yang merupakan anak kepada seorang anggota polis.
  • Zana (Amelia Henderson) - memerlukan wang tersebut untuk membebaskan dirinya dari kisah silamnya.
  • Joe (Lah Ahmad) - memerlukan wang tersebut untuk melangsaikan hutang dan menyelamatkan nyawa orang yang tersayang.
Setiap orang mempunyai masalah masing masing dan mereka perlukan duit untuk menyelesaikannya. Apakah yang akan berlaku sepanjang pertandingan itu berlangsung? 
Terbaru Lebih lama