Bumilangit Cinematic Universe Dunia Superhero Indonesia

Baru baru ini aku telah menonton satu video trailer menarik di youtube tentang satu filem superhero dari indonesia yang bertajuk Sri Asih. Menurut kapsyen yang dikongsikan mengenai filem Sri Asih, Ianya adalah filem kedua yang dikeluarkan oleh Bumilangit Cinematic Universe atau lebih dikenali dengan nama pendeknya BCU.

Selepas membuat sedikit pembacaan dan kajian secara online, filem Sri Asih adalah berdasarkan karya seorang penulis dan pelukis komik terkenal di Indonesia Iaitu Raden Ahmad Kosasih atau lebih dikenali dengan nama RA Kosasih. 

Penggemar komik generasi sekarang menganggapnya sebagai Bapak Komik Indonesia. Menurut artikel yang dikongsikan oleh kompas.com, Sri Asih adalah komik pertama karya RA Kosasih. Selain Sri Asih, RA Kosasih juga mengeluarkan beberapa komik lain seperti Siti Gahara, Ramayana, Seri Mahabharata dan banyak lagi. 

Aku sangat suka menonton filem tentang superhero. Jadi, apabila filem Sri Asih dikeluarkan ianya menarik minat aku untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia superhero dari Bumilangit Cinematic Universe. Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan beberapa informasi tentang Bumilangit Cinematic Universe (BCU).

Bumilangit Cinematic Universe (BCU)

Pada 18 Ogos 2019 Screenplay Bumilangit membuat pelancaran Bumilangit Cinematic Universe Volume 1 dimana dalam beberapa tahun kedepan akan terlahirnya tujuh (7) filem superhero yang saling berkaitan akan dihasilkan. 

Filem superhero BCU volume 1 yang akan menemui kita di pawagam adalah Gundala, Gundala Putra Petir, Sri Asih, Patriot, Mandala Golok Setan, Godam & Tira dan Si Buta Dari Gua Hantu.

Bumilangit Cinematic Universe Volume 1

Ramai pelakon popular dari indonesia yang akan terlibat sama dalam filem superhero Bumilangit Cinematic Universe. Berikut adalah antara senarai pelakon BCU dan nama watak yang bakal dipegang oleh mereka. 
  • Abimana Aryasatya - Gundala
  • Chicco Jerikho - Godam
  • Pevita Pearce - Sri Asih
  • Chelsea Islan - Tira
  • Tara Basro - Merpati
  • Asmara Abigial -Desti Nikita
  • Hannah Al Rashid - Camar
  • Kelly Tandiono - Bidadari Mata Elang
  • Joe Taslim - Mandala
  • Vanesha Prescilla - Cempaka
  • Della Dartyan - Nila Umaya
  • Ario Bayu - Ghani Zulham
  • Bront Palare - Pengkor
  • Lukman Sardi - Ridwan Bahri
  • Daniel Adnan - Tanto Ginanjar
  • Tatjana Saphira - Mustika Sang Kolektor
  • Adhisty Zara - Virgo
  • Dian Sastrowardoyo - Dewi Api
  • Nicholas Saptura - Aquanus
Sebagai pembuka kepada dunia Bumilangit Cinematic Universe, mereka mengeluarkan filem pertama BCU bertajuk Gundala untuk dipertontonkan kepada peminat filem superhero di Indonesia pada 29 Ogos 2019 manakala di Malaysia pula lebih lewat iaitu pada 26 Disember 2019.

Gundala filem pertama Bumilangit Cinematic Universe BCU

Pada tahun 2022, kita akan dihidangkan dengan satu lagi filem terbaru Bumilangit Cinematic Universe iaitu Sri Asih yang akan ditayangkan di pawagam indonesia bermula 6 Oktober 2022. Watak Sri Asih dipegang oleh Pevita Pearce yang pernah membintangi filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Bumilangit Cinematic Universe Sri Asih

Buat masa sekarang sudah ada dua filem BCU yang dikeluarkan, Tinggal 5 lagi yang akan menemui penonton untuk volume 1. Sebagai seorang peminat filem superhero yang tinggal di Malaysia aku harap Bumilangit Cinematic Universe akan terus berjaya dalam menghasilkan filem superhero yang hebat dan berkualiti.

Sokongan kuat diperlukan supaya Bumilangit mampu untuk mengeluarkan banyak lagi filem superhore Bumilangit Cinematic Universe di masa hadapan. Filem seperti ini memerlukan masa dan bajet yang tinggi. Sebagai perlu memberi sokongan dengan menonton dan memberikan maklumbalas positif supaya segala kekurangan boleh diperbaiki. 
Terbaru Lebih lama