Filem Paling Mahal Di Malaysia Malbatt Misi Bakara Bakal Tayang Tahun 2023

Pada 10 September 2022 telah berlangsungnya sidang media pelancaran filem Malbatt Misi Bakara dimana mereka berkongsi beberapa informasi menarik tentang filem yang bakal menjadi fenomena di Malaysia. 

Untuk pengetahuan semua, kos pembikinan filem Malbatt Misi Bakara berdasarkan kisah benar ini menelan belanja sebanyak RM20 Juta menjadikan ia  filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia. 

Filem Baru yang best Malbatt Misi Bakara 2023
credit to gscinemas

Filem Malbatt Misi Bakara yang diarahkan oleh Adrian Teh ini dibintangi oleh beberapa pelakon yang dikenali ramai dan antaranya adalah :
  • Adlin Aman Ramlie
  • Fauzi Nawawi
  • Bront Palarae
  • Zahiril Adzim
  • Hairul Azreen
  • Iedil Dzuhrie
  • Syazwan Zulkifly
  • Shaheizy Sam
  • Nafiez Zaidi
  • Dafi Ismail Sabri
  • Ikhram Juhari
  • Gambit Saifullah
  • Theebaan G
  • Taufiq Hanafi
  • Safwan Nazri
  • Arwan Umar
Filem ini mengisahkan tentang operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam peperangan saudara di Mogadishu, Somalia pada tahun 1193. Sebagai rakyat Malaysia aku tak sabar nak tengok filem ini kerana ianya adalah berdasarkan kisah benar yang menonjolkan kehebatan tentera Malaysia yang bertarunf nyawa menyelamatkan tentera Amerika Syarikat.

Filem Malbatt Misi Bakara terbitan Berjaya Pictures ini dijangkakan akan menemui penonton pada tahun hadapan 2023.


Kenapa Kos Pembikinan filem Malbatt Misi Bakara Mencecah Sehingga 20 Juta?

  • Pembikinan filem ini dilakukan di Turki selama 7 Minggu 
  • Uniform untuk misi dalam filem Malbatt Misi Bakara sudah obselete, ianya tidak dapat disewa dan tak dapat dicari. Jadi, mereka cetak baru kainnya di indonesia.
  • Armoured Personnel Carrier (APC) tidak boleh dibawa dari Malaysia. Jadi, mereka perlu membinanya sewaktu melakukan penggambaran di Turki.
  • Penggunaan CGI.

Menarik Tentang Pembikinan Filem Malbatt Misi Bakara

Antara inisiatif yang diambil oleh Adrian Teh untuk menyiapkan skrip filem Malbatt Misi Bakara adalah :
  • Menemuramah lebih dari 10 Wira 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) untuk memahami lebih mendalam tentang pengorbanan mereka. 
  • Adrian Teh juga melakukan kajian secara atas talian dan menonton filem Black Hawk Down berulang kali untuk mendapatkan kepastian beberapa perkara.
  • Beliau juga mengolah skrip filem Malbatt Misi Bakara berulang kali dengan lesen kreatif sebagai seorang pembikin filem untuk mendapatkan naskhah menarik sambil menyampaikan kebenaran.
  • Pengambaran filem Malbatt Misi Bakara mengambil masa selama 60 hari.
  • Antara Lokasi Pengambaran filem Malbatt Misi Bakara adalah Selatan Turki selama 7 minggu, satu minggu di johor dan 3 minggu di Lembah Klang.
 
Terbaru Lebih lama