Tonton Filem Kampung Latah The Mummy

Ada tak diantara pembaca blog luqman zakaria pernah menonton filem Kampung Latah Kena Kuarantin yang ditayangkan pada bulan september tahun 2021? Filem tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Menurut artikel di laman sesawang astro awani, Filem Kampung Latah Kena Kuarantin meraih kutipan lebih RM1 Juta.

Tonton Filem Kampung Latah The Mummy

Pada tahun ini 2022, Megapine Sdn Bhd dengan pengarah Azizi Aznan kembali lagi dengan sekuel kepada filem tersebut yang diberi judul Kampung Latah The Mummy yang akan ditayangkan di Astro First pada 25 Ogos 2022.


Sinopsis Filem Kampung Latah The Mummy  

Penduduk Kampung Latah Permai sebelum ini kena kuarantin, selepas kuarantin mereka dikejutkan pula dengan kemunculan Mumia Misteri. Apakah sebenarnya yang berlaku? Macam mana boleh ada Mumia pulak? 

Informasi Tentang Filem Kampung Latah The Mummy

Tajuk Filem : Kampung Latah The Mummy
Tarikh Tayangan : 25 Ogos 2022, Astro First
Pengarah : Azizi Aznan
Terbitan : Megapine Sdn Bhd
Lakonan : Azhan Rani, Adlin Aman Ramli, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Riezman Khuzami, Syuk Sahar, Shashic dan Acong Sweetchild
Terbaru Lebih lama