Apa Yang Menarik Di The Grand Renai Kota Bharu Kelantan? Bilik Aerobik Pun ada!

Apa Yang Menarik Di The Grand Renai Kota Bharu Kelantan? Bilik Aerobik Pun ada! | Dalam entry yang lepas aku ada kongsikan pengalaman menginap selama dua hari satu malam di The Grand Renai Kota Bharu Kelantan dan untuk kali ini aku nak bawa korang semua tour satu hotel pulak. Kita tengok apa kemudahan yang ada di hotel The Grand Renai Kota Bharu Kelantan.



Hotel The Grand Renai Kota Bharu Kelantan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra Kota Sri Mutiara ini sesuai untuk semua orang samada atas tujuan percutian atau urusan kerja. Hotel ini mempunyai 298 bilik yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan.

Kemudahan Yang Ada Di The Grand Renai Kota Bharu Kelantan 

Antara kemudahan yang menjadi tarikan di The Grand Renai Hotel Kota Bharu adalah :
  • Lobi hotel yang mewah, luas dan selesa
  • Pelbagai jenis bilik yang besar dan katil yang selesa
  • 3 Restoren berbeza mengikut citarasa pengunjung
  • Fitness Centre yang lengkap dengan gymnasium, sauna, jacuzzi dan bilik aerobik
  • Grand Ballroom yang besar dan cantik
  • Kolam renang untuk dewasa dan kanak kanak 
  • Banyak kemudahan lain berdekatan dengan hotel

1. Lobi hotel yang mewah, luas dan selesa

Lobi Hotel The Grand Renai Kota Bharu Kelantan dipenuhi dengan marbles dan tiang besar yang membuatkan ianya nampak sangat mewah. Ruangnya juga sangat luas dan selesa untuk duduk sambil berehat sementara menunggu urusan check in selesai.



2. Pelbagai jenis bilik yang besar dan katil yang selasa

The Grand Renai Kota Bharu Kelantan menyediakan beberapa jenis bilik yang pastinya akan memberikan keselesaan kepada pengunjungnya. Antara bilik yang ada di hotel ini adalah :
  1. Deluxe Room 
  2. Family Deluxe Room
  3. Kota Bharu Suite
  4. Junior Suite

Deluxe Room

Bilik deluxe dibahagikan kepada dua iaitu deluxe room twin sharing dan deluxe room king bed. Untuk korang yang datang untuk menginap bersama kawan kawan korang boleh dapatkan twin sharing dan bagi mereka yang datang bersama pasangan masing masing boleh booking king bed.

Deluxe room twin sharing

Deluxe room twin sharing

Deluxe room king bed

Deluxe room king bed

Katil yang selesa  menjadi salah satu faktor kenapa aku memilih untuk menginap di hotel The Grand Renai Kota Bharu. Waktu pertama kali aku menginap di sini, aku dapatkan deluxe room king bed. Memang puas hatilah kan sebab satu katil yang besar tuh aku sorang jer guna. 

Kali kedua aku datang ke hotel ini, aku memilih untuk tinggal di bilik twin sharing dan alhamdulillah bilik deluxe twin sharing juga sangat best sebab mereka menggunakan katil queen. 

Kalau korang berminat untuk tahu tentang kemudahan yang ada di dalam bilik, jangan lupa untuk klik link room tour yang aku kongsikan di awal artikel ini. 

Kota Bharu Suite (KB Suite)

Kota Bharu Suite ini berbeza dengan bilik deluxe kerana saiznya yang lebih besar, design dan susun atur perabot dalam bilik juga berlainan. Terdapat dua bahagian dalam Kota Bharu Suite iaitu ruang tidur dan ruang tamu. 

Kota Bharu Suite
Kota Bharu Suite

Kota Bharu Suite
Kota Bharu Suite

Kota Bharu Suite
Kota Bharu Suite

Kalau korang datang ke bandar Kota Bharu untuk urusan kerja bersama rakan pejabat, bilik ini memang sesuai kerana ianya dilengkapi dengan dua meja di sebelah kiri dan kanan katil yang membolehkan korang membuat kerja tanpa gangguan. Ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa pulak boleh digunakan untuk meeting yang santai sambil minum minum petang.

Kota Bharu Suite
Kota Bharu Suite

Kota Bharu Suite
Kota Bharu Suite

Bilik air pun sangat luas dan selesa. Selain itu, Korang juga boleh tengok suasana bandar kota bharu di siang dan malam hari dengan membuka tirai/langsir di belakang sofa tuh. 

Kota Bharu Suite
Suasana bandar Kota Bharu dari Kota Bharu Suite 

Junior Suite 

Bagi yang datang bercuti di kelantan dengan jumlah keluarga yang agak besar mungkin korang boleh menginap di Junior Suite sebab bilik ini sangat luas dan sesuai untuk mereka yang ada anak kecil.

Junior Suite

Junior Suite

Ruang yang besar macam ini memang tak ada masalah kalau nak letak extra bed sebab ruang masih lagi luas dan pergerakan anak anak dalam bilik juga tidak akan terbatas. 

Junior Suite

Design bilik air juga sangat bersesuaian untuk keluarga. Kalau ada yang nak gunakan bilik air pada waktu yang sama pun tak ada masalah. Contohnya kalau ada sorang nak buang air dan sorang lagi nak cuci muka pada masa yang sama pun tak apa sebab ruang sinki dan bilik air dipisahkan untuk memudahkan korang. 

Family Deluxe Room 

Bilik last yang aku nak kongsikan dengan korang adalah Family Deluxe Room. Bilik ini dilengkapi dengan satu katil king dan satu katil single. Seperti biasa ianya sangat luas dan selesa sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga dan kawan kawan yang ramai. 

Family Deluxe Room 

Family Deluxe Room

3. Tiga Restoren berbeza mengikut citarasa pengunjung

Terdapat tiga jenis restoran yang ada di The Grand Renai Kota Bharu Kelantan iaitu Palm Terrace Cafe, Dynasty dan Lobby Lounge. Setiap restoran mempunyai kelainan tersendiri dan menyediakan makanan yang berbeza mengikut citarasa pelanggan. 

Palm Terrace Cafe

Restoran yang terletak di tingkat 1 ini menyediakan pelbagai jenis makanan ala carte tempatan dan barat seperti nasi goreng wakaf che yeh, pasta, salad, sup dan macam macam lagi. Palm Terrace Cafe juga adalah restoran yang sama digunakan untuk buffet breakfast dan buffet dinner di The Grand Renai Kota Bharu Kelantan.

Palm Terrace Cafe

Waktu operasi untuk Palm Terrace Cafe adalah seperti berikut : 

Buffet Breakfast 
  • 0600 am - 1030 am (Daily)
All Day Dining Ala Carte 
  • 1100 am - 1100 pm (Daily)
Buffet Dinner 
  • 0630 pm - 1030 pm (Every Thursday)


Lobby Lounge

Untuk korang yang nak hangout dengan kawan kawan sambil minum dan makan makanan ringan, Lobby Lounge yang berada di area lobi adalah pilihan yang tepat kerana mereka menyediakan pelbagai jenis minuman, pastri dan kek yang menyelerakan.

Lobby Lounge

Lobby Lounge

Lobby Lounge

Waktu operasi Lobby Lounge
  • 1100 am - 1200 midnight

Restoran Dynasty

Kalau korang nak buat private gathering bersama keluarga, kawan kawan atau rakan pejabat, Restoran Dynasty adalah pilihan yang tepat sebab dekat sini korang boleh menikmati  makanan  Kantonis dan juga Szechuan di Han & Qin private room. Selain itu, korang juga boleh cuba dim sum buffet yang diadakan setiap hari jumaat. 

Restoran Dynasty

Restoran Dynasty

Waktu operasi Restoran Dynasty adalah seperti berikut : 

Sabtu hingga Khamis
  • Lunch : 1200 pm - 0230 pm
  • Dinner : 0600 pm - 1000 pm
  • Ala Carte Dim Sum : 1200 pm - 0230 pm 
Jumaat
  • Buffet Dim Sum : 1000 am - 0230 pm
  • Dinner : 0600 pm - 1000 pm


4. Fitness Centre yang lengkap dengan gymnasium, sauna, jacuzzi dan bilik aerobik

Untuk "kaki" gym korang mesti akan suka dengan fitness centre di The Grand Renai Kota Bharu sebab semuanya lengkap. 

Gymnasium 

Gymnasium 

Gymnasium

Gymnasium

Gymnasium

Sauna & Jacuzzi

Jacuzzi 

Jacuzzi, steam room & Sauna room

Sauna & Steam Room

Bilik Aerobik 

Bilik Aerobik

5. Grand Ballroom yang besar dan cantik 

Mungkin ramai yang tak tahu dekat The Grand Renai Kota Bharu ada satu ballroom yang sangat besar dan cantik. Kalau korang berniat untuk mengadakan majlis yang memerlukan kapasiti yang besar contohnya macam majlis perkahwinan atau majlis graduasi boleh buat dekat sini.

Grand Ballroom

Grand Ballroom

Selain grand ballroom, hotel ini juga menyediakan meeting room yang lebih kecil untuk mereka yang berminat antaranya adalah bilik merbok dan merpati. Jadi, kalau korang nak buat private meeting atau majlis kecil kecilan yang tidak memerlukan ramai orang, bilik merbok dan merpati adalah pilihan yang tepat.

Merbok

6. Kolam renang untuk dewasa dan kanak kanak

Salah satu kemudahan yang menjadi tarikan di sesebuah hotel adalah kolam renang. The Grand Renai Kota Bharu merupakan salah satu hotel di kelantan yang menyediakan kolam renang dewasa dan kanak kanak.

Kolam renang dewasa

Kolam renang dewasa

Kolam renang kanak kanak

7. Banyak kemudahan lain berdekatan dengan hotel

Lokasi The Grand Renai Kota Bharu sangat strategik dan korang pastinya akan berpuas hati menginap di hotel ini kerana terdapat beberapa kemudahan lain di sekitarnya. Antara kemudahan yang ada di sekitar hotel adalah : 
  • Billion Shopping Centre yang berada bersebelahan hotel
  • Watsons
  • 7 Eleven
  • Hong Leong Bank
  • Alpro Pharmacy
  • Bank Islam 
  • Bank Muamalat

Kesimpulannya, kalau korang sedang mencari hotel yang lengkap dengan segala kemudahan The Grand Renai Kota Bharu adalah salah satu hotel di kelantan yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau kawan kawan samada untuk bercuti atau urusan kerja. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang rasmi hotel dan sosial media mereka yang lain seperti facebook dan instagram sebab dekat sana korang akan dapat banyak info terkini berkenaan dengan hotel The Grand Renai Kota Bharu kelantan.

Laman sesawang The Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Facebook The Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Instagram 

1 Ulasan

  1. Menarik. Lama tak bercuti ke Kelantan. Bolehla cuba menginap di sini.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama