Pengalaman Menaiki Tren Baharu di Kelantan | DMU KTMB Pantai Timur

Pengalaman Menaiki Tren Baharu di Kelantan | DMU KTMB | Hi korang! Pada bulan April yang lepas aku menghadiri perasmian Tren Diesel Multiple Unit (DMU) bagi menggantikan lokomotif dan koc penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang lama. Selepas peerasmian berlangsung, Aku berpeluang untuk menaiki Tren DMU buat pertama kalinya. Jadi, untuk kali ini aku akan kongsikan pengalaman dan apa yang ada dalam tren DMU KTMB yang terbaharu.

Apa Yang Menarik Dengan Tren Diesel Multiple Unit DMU KTMB

Tren DMU KTMB Pantai Timur Malaysia

Selepas mencuba sendiri tren DMU KTMB yang terbaharu ini aku rasa sangat berpuas hati kerana ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan. 

Kemudahan Yang Ada Dalam Tren Diesel Multiple Unit (DMU KTMB)

Berikut adalah antara kemudahan yang ada dalam Tren Diesel Multiple Unit (DMU).

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Keadaan di dalam tren sangat bersih dan kemas. Ianya juga nampak tersusun dan selesa. Mereka juga menyediakan "plug sockets" untuk penumpang dimana korang boleh charge smartphone sekiranya kehabisan bateri.

Tren Diesel Multiple Unit

Tren Diesel Multiple Unit

Bagi penumpang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda, ruang yang luas disediakan untuk  keselesaan mereka. Selain itu, tandas mesra OKU juga disediakan untuk memudahkan mereka bergerak dan menggunakan tandas tanpa masalah.

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Bagaimana pula dengan tandas untuk penumpang lain? Mestilah ada! Walaupun tandas biasa lebih kecil berbanding tandas mesra OKU tapi ianya tetap selesa untuk digunakan.

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Ruang solat juga disediakan bagi mereka yang beragama Islam. Jadi, kalau korang tak sempat solat sebelum menaiki tren jangan risau sebab tempat solat juga disediakan dan ianya lengkap dengan tempat mengambil wudhuk.

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Tren Diesel Multiple Unit

Antara kemudahan lain yang ada dalam tren Diesel Multiple Unit (DMU) ini adalah monitor dan peta perjalanan yang membolehkan korang menyemak tentang lokasi atau keberadaan korang ketika dalam tren. 

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Tren Diesel Multiple Unit

Tren DMU Diesel Multiple Unit

Berikut adalah antara kemudahan yang ada di dalam Tren Diesel Multiple Unit (DMU) Pantai Timur.  Aku harap dengan adanya tren DMU ini ia dapat membantu rakyat kelantan yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke tempat yang ingin dituju dengan lebih cepat dan selesa.
Terbaru Lebih lama