5 Cara Mudah Untuk Mencegah Wabak COVID-19

Langkah Langkah Pencegahan Wabak COVID-19 | Masih ingat lagi tak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Mac yang lalu?

Tak pernah terfikir pun perkara sebegini akan berlaku di Malaysia. Sampai sekarang pun kita semua masih lagi berhadapan dengan wabak Covid-19. 

Sebagai rakyat Malaysia kita kena kuat dan ikut semua SOP yang telah ditetapkan supaya dapat membantu mencegah wabak Covid-19 dari terus merebak. Ada beberapa cara mudah yang boleh kita buat untuk mengurangkan risiko tersebut.

5 Cara Mudah Untuk Mencegah Wabak COVID-19

Langkah Langkah untuk mencegah wabak Covid-19?

Jom saya kongsikan 5 cara mudah yang kita boleh ikut untuk mengurangkan penularan Covid-19.

1. Amalkan Kebersihan diri dan tangan

Kita seharusnya memberi tumpuan kepada tahap kebersihan diri. kita perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih lebih lebih lagi apabila keluar ke mana mana dan pastikan tangan kita juga sentiasa bersih.

Macam mana nak pastikan tangan sentiasa bersih? 

Semestinya hand Sanitizer! Sekarang ini ada banyak hand sanitizer yang didatangkan dengan saiz botol yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna membawanya kemana mana.

Boleh letakkan dalam handbag, bagpack atau dalam poket seluar. Tak pun sediakan satu botol hand sanitizer dalam kereta. Nanti kalau nak guna senang. 

2. Amalkan Jarak Sosial

Sekiranya kita perlu keluar untuk apa apa urusan sekali pun pastikan jarak antara korang dengan orang lain adalah 1 meter supaya tidak bersentuhan. Kalau boleh elakkan pergi ke tempat yang terlalu ramai orang. 

3. Memakai Topeng Muka

Selain hand sanitizer dan penjarakan sosial, kita juga perlu gunakan "mask" apabila keluar. Bercakap pasal penggunaan mask, elakkan guna mask yang sama berulang kali kerana ianya tidak bersih dan kuman mungkin akan terkumpul di topeng muka tersebut.

4. Buat Saringan Kesihatan

Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya cepat cepat ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk buat saringan kesihatan supaya mereka dapat  buat pemeriksaan lanjut.

5. Sentiasa peka dengan maklumat berkenaan Covid-19 

Rasanya zaman sekarang ini semua orang ada smartphone kan? Jadi, kita gunakan smartphone sebaiknya dengan mengikuti kemaskini terbaru mengenai Covid-19 di Internet tetapi pastikan korang mendapat maklumat tentang Covid-19 dari sumber yang sahih.

Contohnya, korang boleh follow akaun @KKMPutrajaya di twitter. Mereka sentiasa mengemaskini tentang Covid-19 setiap hari supaya rakyat Malaysia dapat mengetahui status terkini  tentang wabak ini.

Tak lama lagi tahun 2020 akan melabuhkan tirai. Saya harap wabak Covid-19 akan beransur hilang dan tahun 2021 akan memberi sinar harapan baru untuk negara kita, Malaysia.

Sama samalah kita doakan supaya Covid-19 ini terhapus dari muka bumi dengan cepat agar semuanya dapat kembali seperti tahun tahun sebelum ini. Untuk korang dekat luar sana, Be Strong Guys! We Can Fight ThisVirus!
Terbaru Lebih lama