Selepas 5 Hari, Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein & Zizi Kirana Masih Trending Di Youtube!

Selepas 5 Hari, Empat Dara 2020 Masih Trending Di Youtube! | Pada awalnya lagu Empat dara yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris telah dinyanyikan oleh Elly Mazlein dalam drama bersiri Kampung People yang menjadi perhatian ramai penonton di Malaysia. 

Empat Dara Trending no.1

Pada masa yang sama, Elly juga sempat memuatnaik video beliau menyanyikan lagu tersebut di Instagram sekaligus membuatkan ianya viral sekali lagi. Ramai netizen dan selebriti tempatan menyahut cabaran Empat Dara. Semuanya kelakar dan mencuit hati penonton diluar sana.

Ingatkan penangan Elly Mazlein sampai disitu sahaja tapi tidak ya! Selepas itu muncul lagu Empat Dara 2020 yang dinyanyikan sendiri oleh Elly bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana. Siap ada video clip lagi. Walau pun MV yang dihasilkan sangat simple tapi mereka berjaya meraih Jutaan tontonan kurang dari seminggu. 

Mereka juga pernah membuat persembahan lagu Empat Dara 2020 ini di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang 33 baru baru ini yang juga menjadi perhatian penonton.

Empat Dara 2020 Trending No.1

Paling menarik, selepas 5 hari lagu Empat Dara 2020 dimuatnaik di Youtube, ianya masih lagi trending No.1 di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein, Faizal Tahir, Zizi Kirana dan semua yang terlibat kerana berjaya kekal trending No.1 sehingga sekarang. 

Ramai penonton suka dengan gabungan tiga selebriti ini dan memberikan komen yang positif dengan lagu yang dihasilkan kerana ianya sangat menghiburkan. Hiburan seperti ini sedikit sebanyak dapat "release tension" rakyat Malaysia yang masih lagi "berperang" dengan virus Covid 19. 

Terbaru Lebih lama