Orang Kelantan Memang Kaki Steak I Kedai Makan di Kota Bharu @ KBB Burger & Steak

Tempat Makan Sedap di Kelantan KBB Burger & Steak | Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa tempat makan yang best di Kelantan dan semuanya adalah makanan tempatan contohnya mee celup dan nasi kukus tapi kali ini berbeza sikit sebab saya nak bagitahu korang semua, dekat Kota Bharu ada satu kedai makan yang popular dengan Daging Wagyu iaitu KBB Burger & Steak.

Kedai Makan steak sedap di Kelantan

Korang pernah dengar tak pasal restoren ini? Kalau korang berasal dari Kelantan dan duduk berdekatan dengan bandar Kota Bharu saya yakin korang dah familiar dengan KBB Burger & Steak sebab mereka menyediakan pelbagai jenis makanan western yang menyelerakan especially Steak premium. Restoran ini sentiasa penuh, terutama sekali pada waktu malam. 

Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Disini, mereka menyediakan pelbagai pilihan steak yang dipaparkan di dalam peti khas untuk memastikan steak kekal fresh. Yang penting, kita boleh pilih steak kita sendiri.

Kedai Makan Steak di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Paling menarik ialah, mereka mempunyai Peti Dry-Ager untuk tujuan dry aging. Menjadikan KBB Burger & Steak satu-satunya yang memiliki Dry-ager ini di Kelantan. Senang cerita, KBB Burger & Steak menyediakan steak dry-aged. Dimana Steak ini lebih lebih lembut & rasa yang lebih kuat berbanding steak biasa. 

Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Kalau anda penggemar Steak, Memang wajib untuk cuba steak wagyu di KBB Burger & Steak. Cerita tentang wagyu, ia memang sangat berbeza dengan daging yang selalu kita makan. Di KBB, mereka mempunyai pelbagai pilihan wagyu, ini termasuk Satsuma Wagyu A5 & wagyu Australia marbling score dari 5 ke 9. 

Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Bagi saya, bila berkunjung ke KBB Burger & Steak, memang wajib untuk kita memilih steak wagyu, kenapa? Dagingnya lebih lembut & apabila masuk kedalam mulut, ia terus cair sebaik sahaja menyentuh lidah. Sememangnya satu pengalaman makan yang terbaik untuk pengunjung. Untuk melengkapi steak wagyu yang sedap ini, mereka turut menyediakan kentang bakar yang panas & juga salad segar Bersama dressing balsamic. Memang satu gabungan yang terbaik.

Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Jika anda susah untuk buat pilihan steak, jangan bimbang, Disini semua team servis mereka sememangnya sangat terlatih. Mereka sentiasa sedia untuk membantu kita memilih steak yang terbaik untuk kita. Yang penting, semuanya mampu milik. Ini menjadikan factor kenapa orang2 tempatan sentiasa ke KBB Burger & Steak. Kalau anda berada disini, anda pasti akan nampak kenapa orang Kelantan ni kaki steak.

Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Untuk burger pulak, mereka menyediakan lebih kurang 8 jenis burger yang sangat menyelerakan iaitu Burger Double Meat Extreme, Smokey Meat, Crispy Chicken, Chicken Jumbo, Smashed Beef, Grilled Chicken, Double Meat Extreme BBQ & Wagyu Burger.

Kedai makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Kalau nak makan burger jangan lupa order Double Meat Extreme! Burger dekat sini 100% homemade, juicy & menggunakan 100% daging. Makan pula dengan sos cheese yang meleleh macam dalam gambar dekat atas ini memang puas hatilah. Harga yang dikenakan untuk burger pun sangat mampu milik dan berpatutan.

Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan

Satu lagi benda yang korang perlu tahu, Restoren KBB Burger & Steak ini menggunakan konsep open air kitchen dimana kita boleh tengok cara makanan kita disediakan. 

Kedai Makan Steak sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak sedap di Kota Bharu Kelantan

Selain itu, kita juga boleh melihat sendiri tahap kebersihan restoren dorang yang sememangnya bersih dan selesa. Suasana restoren yang mewah dan cantik pastinya akan memberikan pengalaman menjamu selera yang terbaik.

Kedai Makan Steak Sedap di Kota Bharu Kelantan
Kedai Makan Steak sedap di Kota Bharu Kelantan

Suasana restoren yang best, Pillihan menu yang banyak, daging wagyu yang sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Semuanya dah cukup lengkap untuk korang datang dan cuba sendiri steak wagyu yang popular di Kelantan. Bukan senang nak dapat rasa Dry Aged Steak dan Butter Aged Steak dekat tempat lain. 

Saya sangat tertarik dengan blog post tentang KBB Burger & Steak. (http://www.afzalsukasuki.com/2020/10/tempat-makan-wajib-datang-di-kelantan.html) korangn boleh singgah blog beliau kalau nak tahu lebih details pasal makanan dekat sini.

Facebook :
Instagram :
Youtube : 
KBB Burger and Steak
Alamat : KBB Burger & Steak, No. 2713 Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
No. Tel : 010-2581001
Terbaru Lebih lama