cara untuk reset instagram password menggunakan nombor telefon

Tahukah korang sebenarnya kita boleh reset instagram password menggunakan nombor telefon. Bagaimanakah caranya? Korang boleh baca artikel ini sampai habis, insyaallah kalau ikut tutorial mudah ini dengan betul korang dapat recover balik instagram korang. 


Cara cara untuk reset password instagram dengan nombor telefon

Sebelum aku teruskan, aku nak bagitahu yang korang hanya boleh reset instagram password menggunakan nombor telefon sekiranya korang ada update nombor telefon di instagram sebelum ini. Kalau tidak, cara ini tidak akan berkesan tetapi ianya tidak menjadi masalah kerana korang boleh reset instagram password menggunakan email. Baca artikel ini untuk tutorial *cara mudah untuk reset instagram password menggunakan email

Sekarang aku akan teruskan dengan tutorial cara cara reset password dengan nombor telefon. Langkah pertama adalah dengan menekan butang "get help signing in". Korang boleh rujuk gambar dibawah ini.


Selepas korang tekan "get help signing in", keluar satu page dimana korang perlu masukkan username atau email atau nombor telefon. Apa yang perlu korang buat adalah masukkan nombor telefon yang korang gunakan.


Sebaik sahaja masukkan nombor telefon korang dengan betul, korang boleh tekan butang "Next".


Seterusnya, korang klik pada butang yang tertulis "send an SMS". Ini bermaksud instagram akan menghantar mesej kepada korang berkaitan dengan password instagram yang ingin di reset.

Cari mesej dari instagram dan buka mesej tersebut. Dalam mesej itu instagram ada bagi link. Klik pada link tersebut dan korang akan dibawa kepada satu page yang membolehkan korang tukar password serta merta. 

Masukkan password baru pada ruangan yang disediakan dan klik pada simbol yang aku tunjukkan seperti dalam gambar diatas. Dengan itu,  instagram korang sudah boleh di login menggunakan password baru sudah yang ditukarkan tadi. Aku harap tutorial ini akan dapat membantu korang. Kalau ada apa apa soalan boleh tanya diruangan komen.Terima kasih dan kita berjumpa lagi dalam tutorial yang akan datang. 
cara untuk reset instagram password menggunakan nombor telefon cara untuk reset instagram password menggunakan nombor telefon Reviewed by Luqman Zakaria on 9/02/2019 08:50:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan: