cara mudah untuk reset instagram password menggunakan email

Tiba tiba tak boleh login instagram sebab lupa kata laluan yang pernah digunakan sebelum ini? Memang stress bila jadi macam ini. Ramai yang putus asa dan biarkan sahaja akaun tersebut dan buka akaun baru. Jadi, untuk artikel kali ini aku nak kongsikan cara untuk reset instagram password dengan cepat dan mudah tanpa perlu ingat password sebelum ini.


Cara cara untuk reset password instagram dengan menggunakan email

Langkah pertama yang perlu korang buat untuk reset instagram password mengunakan email adalah dengan menekan tulisan "get help signing in" yang berada dibawah butang login seperti yang tertera dalam gambar dibawah.


Selepas korang tekan "get help signing in", ada satu page akan keluar dimana korang perlu masukkan username atau email atau nombor telefon. Apa yang perlu korang buat adalah masukkan alamat email yang korang gunakan untuk instagram tersebut.

Kalau tak ingat email apa yang digunakan korang boleh tengok artikel aku yang ini  *cara cara untuk reset instagram password menggunakan nombor telefon.


Sebaik sahaja masukkan alamat email, korang boleh tekan butang "Next".


Seterusnya, korang klik pada butang yang paling atas sekali iaitu "send an email". Ini bermaksud instagram akan menghantar email kepada korang berkaitan dengan password instagram yang ingin di reset.


Cari email dari instagram dan buka email tersebut. Dalam email itu akan ada satu kenyataan yang bertulis "reset your instagram password". Klik pada tulisan itu dan korang akan dibawa kepada satu page yang membolehkan korang tukar password serta merta. 

Diruangan ini korang perlu masukkan password baru dan klik pada simbol yang aku tunjukkan seperti dalam gambar diatas. Dengan itu,  instagram korang sudah boleh di login menggunakan password baru yang ditukarkan tadi. 


Nasihat aku, pastikan password baru yang korang tukar senang untuk diingat. Korang juga boleh simpan password ini dimana mana contohnya dalam buku nota supaya nanti kalau lupa boleh refer balik pada buku nota tersebut.
Terbaru Lebih lama