Serlahkan Bakat anda dalam Bakat Besi Peraduan Reka anjuran Modenas

Serlahkan Bakat anda dalam Bakat Besi Peraduan Reka anjuran Modenas | Aku ada berita baik untuk korang yang mempunyai minat dalam bidang permotoran. Modenas baru baru ini melancarkan satu peraduan yang cukup menarik dan hadiah yang bakal dimenangi juga sangat lumayan. Jom kita tengok apa yang menarik tentang peraduan ini.

Peraduan/Pertandingan Bakat Besi Modenas

Peraduan Bakat Besi yang bakal diadakan ini adalah bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat terpendam anak anak muda Malaysia. Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat dalam bidang ini tetapi ianya tidak digunakan atau disalurkan ke "channel" yang betul. Kongsikan idea serta kreativiti yang korang ada dan buktikan kepada semua orang yang bakat korang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Conceptual Design dan Skin/Sticker Design untuk model terbaru keluaran Modenas - Pulsar dan V15.


Peraduan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan penyertaan secara individu sahaja yang diterima. Pemenang pertama bakal membawa pulang Motosikal Modenas, wang tunai dan banyak lagi. korang boleh rujuk gambar dibawah. Untuk maklumat lanjut tentang kedua dua kategori ini korang boleh layari https://r8der.my/bakatbesi
Cara untuk menyertai Peraduan/Pertandingan Bakat Besi Modenas

Berminat untuk menyertai peraduan ini? Layari www.r8der.my sekarang untuk mendaftar sebagai peserta. Korang juga boleh singgah di blog www.adzril.com untuk baca info info lain berkaitan dengan Peraduan Bakat Besi Modenas. Jangan lepaskan  peluang untuk menyertai peraduan ini bagi menyerlahkan lagi bakat terpendam korang dalam bidang permotoran dan sekaligus membawa pulang hadiah hadiah lumayan.
Serlahkan Bakat anda dalam Bakat Besi Peraduan Reka anjuran Modenas Serlahkan Bakat anda dalam Bakat Besi Peraduan Reka anjuran Modenas Reviewed by Luqman Zakaria on 10/30/2017 07:46:00 pm Rating: 5

No comments: