Cara untuk meningkatkan Pageview blog menggunakan Matched Content Adsense


Cara untuk meningkatkan Pageview blog menggunakan Matched Content Adsense | Entry kali aku nak berkongsi dengan korang serba sedikit tentang Matched Content. Sebenarnya dah lama nak share tapi baru hari ini aku dapat luangkan sepenuh masa depan laptop untuk menulis entry ini. 

Apa itu Matched Content

Matched content adalah service percuma yang disediakan oleh adsense untuk membantu blogger mempromosikan artikel mereka di blog. Dengan adanya matched content, pembaca akan "stay" lebih lama di blog kita untuk membaca artikel artikel lain.
Our experiments show that on average Matched content recommendations increase the number of pages viewed by 9% and the time spent on site by 10% - Adsense Help
Dibawah ini adalah contoh matched content yang aku create untuk blog ini

Kelebihan lain yang korang perlu tahu tentang matched content adalah ianya boleh di "monetize" tetapi bukan semua blogger yang menggunakan matched content mendapat kelebihan ini termasuk aku sendiri. Walau pon tidak boleh di monetize, matched content adsense ini masih memberikan manfaat lain contohnya membantu meningkatkan pageview blog. Untuk pengetahuan semua, blogger yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh adsense sahaja  boleh meletakkan matched content di blog mereka. 
The Matched content feature is available to select the publishers. To be eligible, you must have a site that meets our mininum requirements for traffic volume and number of unique pages. We've put these to ensure that Matched content provides a great experience for your visitors. - Adsense Help

Cara untuk semak/check samada blog korang layak atau tidak untuk menggunakan Matched Content

Ikut langkah langkah yang aku kongsikan dibawah ini untuk check kelayakan blog korang. Ianya sangat senang dan mudah untuk difahami. 

  • 1.Login ke akaun adsense
  • 2.Klik setting
  • 3.Klik Mysites
  • 4.Klik Matched Content
  • 5.lepas tuh barulah korang boleh tengok samada blog korang layak atau pon tidak.

cara cara untuk buat/create matched content

Bila korang dah pastikan yang blog korang memang layak untuk menggunakan Match content baru boleh teruskan dengan step ini. Apa yang korang perlu buat sekarang cuma ikut langkah langkah ini.
  • 1.Login akaun adsense 
  • 2.Klik Myads
  • 3.Klik + New ads unit
  • 4.Klik Matched Content 
  • 5.Lepas tuh create dan edit Matched Content  mengikut kehendak korang. 

  • 6.Saiz Matched content juga boleh di customize tetapi sebaiknya pilih responsive lah sebab nanti kalau pembaca buka blog menggunakan phone dan tablet. matched content akan mengikut saiz phone dan tablet tersebut dimana ia akan nampak lebih kemas.
  • 7.Selepas semuanya selesai, klik Save and get code. Done! 
Sangat mudah dan senang kan nak create matched content. Apa yang korang perlu buat sekarang adalah memasang matched content di blog pulak. Korang boleh rujuk website dibawah untuk belajar cara cara memasang Matched Content di blog. Seperti biasa, aku harap entry ini dapat memberi manfaat kepada semua orang yang mendapat kelulusan adsense. Terima kasih.

Cara untuk meningkatkan Pageview blog menggunakan Matched Content Adsense Cara untuk meningkatkan Pageview blog menggunakan Matched Content Adsense Reviewed by Luqman Zakaria on 9/18/2017 11:44:00 pm Rating: 5

No comments: